Saturday, March 23, 2013

Keistimewaan GLA Shaklee





1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

credit : sweetbonda

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Lagi Testimoni GLA



Ni lagi Testimoni customer yg dh ambik GLA.. Jom kita tengok ape peranan GLA ye.


GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur.

Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5
 

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Anemia

Jangan Ambil Ringan Hb Rendah Semasa Hamil!!!!
------------------------------------------------------------


1) Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?
************************

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?
****************************

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN






 



Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.


Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------

1) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
2) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
3) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET EU-FOUR PACK kami..khas untuk preggy moms and bf moms....(^_-)Lihat seterusnya..

Credit to : wonderful lifemy

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Kurang Darah Pada Ibu Hamil


Pernah berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang ‘biasa’ semasa hamil.
Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi.
Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Premitha Damodaran, zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.


“Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.


Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (< 12-15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,"
Beliau menjelaskan kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
Tambah Dr. Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
"Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya. Akibatnya, ia berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak," ujarnya
Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.

"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia," ujarnya.
Pencegahan Dr. Premitha menasihatkan wanita agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.
"Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu," katanya.
Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
"Golongan berisiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam," katanya.
Bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan rencatan, ibu-ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan.
Selain itu, pengambilan vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, menjalani pemindahan darah dan suntikan zat besi.
"Justeru wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil sert empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
"Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil sejumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
"Jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia," ujar Dr. Premitha.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Mengidam semasa Hamil




Apakah maksud mengidam?
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.
Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan yang tinggi magnesium seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Terdapat juga wanita mengidam yang memerlukan lemak penting dalam badan seperti omega-3. Apabila wanita-wanita ini mengambil minyak ikan, mengidam hilang secara beransur-ansur.
Mengidam untuk makan daging memberikan petunjuk bahawa badan memerlukan protein. Dalam sesetengah kes, terdapat ibu mengandung yang makan dengan banyak buah-buahan seperti pic dan lobak merah dimana ini merupakan reaksi badannya yang memerlukan beta-karotin.
Seorang penyelidik pula memberikan pendapat berbeza. Menurutnya, kajian menunjukkan tiada saling kaitan antara makanan yang diidamkan oleh ibu mengandung dengan keperluan badannya. Buat masa  ini, tiada data saintifik yang menyokong mengidam berkait dengan keperluan ibu atau bayi. Tiada juga data yang menerangkan mengidam membawa akibat buruk.

Perlukan anda memenuhi rasa mengidam?
Pakar kesihatan bersetuju supaya ibu mengandung memberikan perhatian kepada apa yang diidamkannya. Makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.
Walaubagaimanapun, jika makanan yang anda mengidam kurang berkhasiat, jangan diabaikan makanan tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam ais krim, jangan gantikan dengan yogurt yang lebih berkhasiat. Sebaliknya, anda boleh memakan ais krim dalam kuantiti yang SEDIKIT untuk memenuhi mengidam tersebut.
Cara lain untuk mengatasi mengidam yang tidak sihat ialah dengan memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana meninggalkan sarapan akan menjadikan mengidam semakin teruk. Selain itu, banyakkan bersenam dan dapatkan sokongan emosi dari yang tersayang. Faktor yang terakhir adalah amat penting kerana pergolakan emosi sewaktu mengandung akan menyebabkan anda mengalih perhatian yang lebih kepada makanan, sedangkan, apa yang anda benar-benar perlukan hanyalah pelukan sayang dari orang tercinta. Ada juga yang menjadikan alasan mengidam untuk membuktikan kasih sayang suami yang bersusah payah mencari makanan walaupun di waktu pepagi buta (kesian cik abang tu…).
Apakah penyebab mengidam benda yang bukan makanan semasa mengandung?
Tiada siapa yang pasti dengan situasi ini. Fenomena ini dinamakan pika. Dalam sesetengah kajian, situasi mengidam yang pelik ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Jika anda termasuk dalam kategori ini, tidak bermakna anda mengalami kekurangan zat besi atau anda harus memenuhi kehendak luar biasa ini. Memakan benda yang bukan makanan akan mengganggu keupayaan badan anda menyerap nutrien yang mungkin menyebabkan kekurangan zat. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan keracunan atau sembelit atau dalam sesetengah kes, kematian.
Jika anda mengidam sesuatu yang bukan makanan, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK IBU YANG HAMIL

Ibu yang hamil perlu makan dalam portion yang cukup, tetapi bukan 
berlebihan.  Pemakanan seimbang sangatlah perlu dijaga kerana pada 
masa hamil ibu perlu membekalkan darah yang cukup kepada bayi 
dalam kandungan.  Perlu juga nutrisi yang lebih tinggi daripada orang lain.
Maka untuk mencukupkan nutrisi ini, ibu hamil perlu mengambil suplemen. 

Bukan sahaja untuk kebaikan bayi, malah ianya juga untuk kesihatan
ibu dan membantu mengelakkan risiko semasa kelahiran.

Antara Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil 

  1. Vitalea/multivitamin
  2. B Complex - juga mengandungi asid folik
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix/kalsium
  5. Omega 
  6. Soy Protien

Ini adalah antara beberapa vitamin yang saya rasa memang amat bagus 
untuk diamalkan. Ibu akan merasa kecergasan yang agak panjang, 
membantu melegakan kekejangan kaki yang biasa berlaku pada ibu 
yang hamil, mengurangkan sakit belakang.

Untuk ibu-ibu yang hamil, jika anda inginkan pengalaman hamil dengan sihat, 
bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma dan maklumat lanjut.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Posisi tidur untuk ibu hamil



Doktor & pakar mengesyorkan bahawa selepas minggu ke -16 kehamilan, ibu mengandung tidak digalakkan tidur dalam posisi terlentang kerana posisi ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang,usus dan inferior vena cava. 

Tidur dengan posisi terlentang juga boleh menyebabkan sakit pinggang,buasir,gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan & peredaran darah. Terdapat beberapa posisi yang sesuai untuk ibu hamil.

------------

Posisi tidur untuk ibu hamil :

1. Tidur Dengan Posisi Tengkurap/ Bertiarap

Posisi ini sebenarnya cukup sesuai untuk ibu hamil. Tapi biasanya peringkat kehamilan trimester pertama, kerana berlakunya pembesaran payudara dan juga keadaan payudara yang lebih sensitif akan menimbulkan ketidakselesaan untuk tidur bertiarap. Dan ketika perut anda sudah mulai membesar (awal 14 minggu) tidur dengan posisi tengkurap menjadi sangat tidak selesa kerana anda harus menyokong paha dengan bantal untuk dapat tidur tengkurap kerana perut yang mulai membesar.

2. Tidur Dengan Posisi Mengiring

Setelah kehamilan berusia 16 minggu, adalah lebih baik sekiranya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kiri atau ke kanan, kerana posisi ini memberi kemudahan untuk bayi anda mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior ) dibahagian belakang sebelah kanan svina yang mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung.

Ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan dapat membantu mengurangkan pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.

Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal di antara lutut anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh membeli bantal khas untuk ibu megandung.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
I LOVE BLOG VITAMIN LELI