Apakah maksud mengidam?
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.
Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan yang tinggi magnesium seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Terdapat juga wanita mengidam yang memerlukan lemak penting dalam badan seperti omega-3. Apabila wanita-wanita ini mengambil minyak ikan, mengidam hilang secara beransur-ansur.
Mengidam untuk makan daging memberikan petunjuk bahawa badan memerlukan protein. Dalam sesetengah kes, terdapat ibu mengandung yang makan dengan banyak buah-buahan seperti pic dan lobak merah dimana ini merupakan reaksi badannya yang memerlukan beta-karotin.
Seorang penyelidik pula memberikan pendapat berbeza. Menurutnya, kajian menunjukkan tiada saling kaitan antara makanan yang diidamkan oleh ibu mengandung dengan keperluan badannya. Buat masa ini, tiada data saintifik yang menyokong mengidam berkait dengan keperluan ibu atau bayi. Tiada juga data yang menerangkan mengidam membawa akibat buruk.
Perlukan anda memenuhi rasa mengidam?
Pakar kesihatan bersetuju supaya ibu mengandung memberikan perhatian kepada apa yang diidamkannya. Makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.
Walaubagaimanapun, jika makanan yang anda mengidam kurang berkhasiat, jangan diabaikan makanan tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam ais krim, jangan gantikan dengan yogurt yang lebih berkhasiat. Sebaliknya, anda boleh memakan ais krim dalam kuantiti yang SEDIKIT untuk memenuhi mengidam tersebut.
Cara lain untuk mengatasi mengidam yang tidak sihat ialah dengan memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana meninggalkan sarapan akan menjadikan mengidam semakin teruk. Selain itu, banyakkan bersenam dan dapatkan sokongan emosi dari yang tersayang. Faktor yang terakhir adalah amat penting kerana pergolakan emosi sewaktu mengandung akan menyebabkan anda mengalih perhatian yang lebih kepada makanan, sedangkan, apa yang anda benar-benar perlukan hanyalah pelukan sayang dari orang tercinta. Ada juga yang menjadikan alasan mengidam untuk membuktikan kasih sayang suami yang bersusah payah mencari makanan walaupun di waktu pepagi buta (kesian cik abang tu…).
Apakah penyebab mengidam benda yang bukan makanan semasa mengandung?
Tiada siapa yang pasti dengan situasi ini. Fenomena ini dinamakan pika. Dalam sesetengah kajian, situasi mengidam yang pelik ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Jika anda termasuk dalam kategori ini, tidak bermakna anda mengalami kekurangan zat besi atau anda harus memenuhi kehendak luar biasa ini. Memakan benda yang bukan makanan akan mengganggu keupayaan badan anda menyerap nutrien yang mungkin menyebabkan kekurangan zat. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan keracunan atau sembelit atau dalam sesetengah kes, kematian.
Jika anda mengidam sesuatu yang bukan makanan, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
KEPERLUAN VITAMIN UNTUK IBU YANG HAMIL
Ibu yang hamil perlu makan dalam portion yang cukup, tetapi bukan
berlebihan. Pemakanan seimbang sangatlah perlu dijaga kerana pada
masa hamil ibu perlu membekalkan darah yang cukup kepada bayi
dalam kandungan. Perlu juga nutrisi yang lebih tinggi daripada orang lain.
Maka untuk mencukupkan nutrisi ini, ibu hamil perlu mengambil suplemen.
Bukan sahaja untuk kebaikan bayi, malah ianya juga untuk kesihatan
ibu dan membantu mengelakkan risiko semasa kelahiran.
berlebihan. Pemakanan seimbang sangatlah perlu dijaga kerana pada
masa hamil ibu perlu membekalkan darah yang cukup kepada bayi
dalam kandungan. Perlu juga nutrisi yang lebih tinggi daripada orang lain.
Maka untuk mencukupkan nutrisi ini, ibu hamil perlu mengambil suplemen.
Bukan sahaja untuk kebaikan bayi, malah ianya juga untuk kesihatan
ibu dan membantu mengelakkan risiko semasa kelahiran.
Antara Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil
- Vitalea/multivitamin
- B Complex - juga mengandungi asid folik
- Vitamin C
- Ostematrix/kalsium
- Omega
- Soy Protien
Ini adalah antara beberapa vitamin yang saya rasa memang amat bagus
untuk diamalkan. Ibu akan merasa kecergasan yang agak panjang,
membantu melegakan kekejangan kaki yang biasa berlaku pada ibu
yang hamil, mengurangkan sakit belakang.
untuk diamalkan. Ibu akan merasa kecergasan yang agak panjang,
membantu melegakan kekejangan kaki yang biasa berlaku pada ibu
yang hamil, mengurangkan sakit belakang.
Untuk ibu-ibu yang hamil, jika anda inginkan pengalaman hamil dengan sihat,
bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma dan maklumat lanjut.
bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma dan maklumat lanjut.
Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
No comments:
Post a Comment