Friday, April 29, 2011

Fiber

.Lagi tentang fiber.....Actually ,terpanggil nak tulis dan share tentang fiber....atas rasa tanggung jawab saya...cewah...hehe.... ..kan dah kata dah ..I'm a Nutritionist by passion.... so kalau ade permintaan tu...kenelah saya explain dan kongsikan..


"kak,kawan saya call ,dia kata berat dia dah naik,mak dia dah bising dah...kalo nak suruh beli jus diet tu,saya pun dah tak minum lagi...takkan nak buat dunno je"... Saya kata kat dia.. "nntlah akak share cite pasal fiber.... sebab berat badan dan pemakanan ni berkaitan..nak diet bukan dgn cara tak makan langsung,lepas tu bile lapar makan dua tiga pinggan nasi..salah tu..rajin2lah baca yang akak share pemakanan pagi dan tengahari dlm post yang lepas"...

cume tak berkesempatan nak menulis je.. banyak yang nak dikejarkan 3-4 hari ni......Mlm ni baru berkesempatan membaca tentang Fiber dan berkongsi di sini...

....semua org kata fiber tu elok,nak diet mkn makanan tinggi fiber.... bla bla bla...tapi yang saya nak share di sini ialah konsep fiber kepada tubuh badan kita... Yelah..kita kene tahu apa yang kita makan,bukan main redah je...Jom kita baca artikel tentang fiber ni ( kredit kepada Norita)


Makanan seperti sayur2an,buah2an dan ulam mengandungi fiber yang sangat tinggi. Fiber memberi kebaikan dalam banyak aspek kesihatan. Antaranya ialah pemakanan berasaskan fiber dietary yang tinggi menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama. Sumber fiber yang rendah kalori ini berbanding dengan makanan manis dan berlemak pasti dapat membantu mengawal berat badan maka secara langsung membantu mengawal obesiti.Fiber juga dikenalpasti mengikat lemak@lipid seperti kolesterol dan memudahkan penyingkirannya daripada tubuh dalam bentuk kumuhan sisa pepejal serta merendahkan paras kolesterol darah dan ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Fiber memudahkan proses laluan makanan menerusi saluran penghadaman, dengan memendekkan masa untuk makanan berada dalam usus kecil seterusnya mengelakkan pendedahan kepada agen-agen penyebab kanser. Fiber juga menyeimbangkan kuantiti bakteria bermanfaat dan bakteria perosak di dalam kolon kita maka risiko untuk mendapat kanser usus sangat rendah.
Selain itu, apabila monosakarida diserap daripada karbohidrat kompleks, dalam kehadiran fiber, ianya menyebabkan ransangan insulin yang sederhana, dan kenaikan paras gula dalam darah yang setara dan terkawal
maka fiber sangat penting bagi mengawal diabetes. Penyakit seperti sembelit dan cirit birit juga dapat dikawal dengan kehadiran fiber di mana ianya dapat diatasi dengan keunikan tindakan keseimbangan fiber. Fiber dapat menyerap lebih air ke dalam saluran penghadaman dan membantu pelembapan najis, manakala pada keperluan lain iaitu semasa cirit birit najis cair akan lebih pejal.


..Jadi sesiapa yang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang..... go for Fiber

No comments:

Post a Comment

I LOVE BLOG VITAMIN LELI