KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU
08MAR2011
Kebaikan utama penyusuan susu ibu adalah:
- Pengalaman bonding antara ibu dan bayi
- Faedah kesihatan kepada ibu dan bayi
- Penjimatan kos
Dengan perkembangan sains pada masa kini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kebaikan dan kelebihan penyusuan susu ibu berbanding susu lembu. Kajian-kajian yang dijalankan ini bertujuan menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi. Ini kerana semakin ramai kaum ibu yang bekerjaya pada hari ini mengabaikan tanggungjawab tersebut.
Kebaikan penyusuan susu ibu berdasarkan kajian:
1. Meningkatkan sistem ketahanan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai CD14. Protein ini berupaya membina B cells iaitu sel-sel ketahanan yang penting untuk menghasilkan antibodi bayi. (Julius M., Proceeding of the National Academy Science, Vol. 98, Issue 2, 603-608).
2. Mengurangkan risiko diabetes ibu
Ibu yang menyusukan anak akan mengalami perubahan tahap metabolisme yang akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menjadikan badan sensitif kepada hormon insulin, iaitu bertindak mengawal kadar gula dalam darah. Ini bermaksud, semakin lama ibu menyusukan anaknya, semakin kurang risiko kepada ibu untuk menghidap diabetes. Berdasarkan kajian, ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun mempunyai 15% kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. (Stuebe A., Journal of the American Medical Association)
3. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan jantung
Kajian telah dijalankan ke atas 624 responden yang berusia di antara 48 hingga 53 tahun di mana 83% responden yang pernah menyusu susu ibu dalam tempoh 10 hari kelahiran dan selebihnya menyusu susu lembu. Hasil tersebut mendapati responden yang menyusu susu lembu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding responden yang pernah menyusu susu ibu. Ini menunjukkan bahawa responden – responden yang menyusu susu lembu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berkaitan jantung. (Archives of Disease in Children)
4. Kurang Alahan
Alahan terhadap makanan terjadi apabila protein asing memasuki saluran darah melalui dinding usus. Alahan tersebut dapat dikurangkan dengan hadirnya Immunoglobulin (IgA) dalam tubuh seseorang/individu. IgA ini akan bergabung dengan protein asing dan bertindak menghalang protien asing menembusi dinding usus . IgA hanya dihasilkan sendiri oleh bayi pada usia 6 – 9 bulan. Walaubagaimanapun, sebelum usia 6 – 9 bulan, bayi memperoleh bekalan IgA daripada susu ibu yang kaya dengan IgA. (Merrett T.G., Infant Feeding & Allergy)
5. Lebih bijak
Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu dalam ujian IQ, pemahaman, matematik dan rating guru. Fakta ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 kanak-kanak di mana data keupayaan berfikir dan pencapaian akademik mereka diperhati dan direkod sejak bayi sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. (Breastfeeding and Later Cognitive and Academic Outcomes, Pediatrics Vol. 101)
6. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan paru-paru
Kajian yang dijalankan ke atas 5,182 responden kanak-kanak menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang menyusu ibu untuk menghidapi asma/lelah adalah lebih rendah daripada kanak-kanak yang tidak menyusu ibu. Kajian yang lain pula mendapati susu ibu memberi perlindungan terhadap penyakit paru-paru kronik. (Romieu I. and etc, Journal of Asthma 2000, 37:575-583)
7. Megurangkan risiko jangkitan penyakit
Kebarangkalian bagi bayi yang pernah menyusu susu ibu untuk mandapat jangkitan telinga, paru-paru, selsema, herpes simplex dan jangkitan usus adalah amat rendah berbanding bayi yang tidak pernah menyusu susu ibu berdasarkan kajian-kajian ini:
- A prospective cohort study on breastfeeding and otitis media in swedish infants (Pediatric Infection Diseases Journal, 13:183-88)
- Role of breastfeeding in the prevention and treatment of diarrhoea (Journal of Diarrhoeal Dis Res, 8(3):68-81
- Human milk secretory IgA antibody to non-typeable Haemophilus influenza: possible protective effects against nasopharyngeal colonization (Pediatric Jaournal, 124:193-98)
- Breast milk and neonatal necrotizing enteral colitis (Lancet, 336:1519-23)
- Neutralizing activity against herpes simplex in human milk (Breast Feeding REV, 11(2):56-58)
- Protective effect of breastfeeding against infection (BMJ, 300:11-16)
- The effects of infant feeding on rotavirus-induced gastroenteritis: a prospective study (Am J Pub Health, 76:259-263)
Berdasarkan kajian-kajian di atas jelas terbukti kelebihan penyusuan susu ibu berbanding menyusukan anak dengan susu lembu.
American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya selama 12 bulan usia bayi walaubagaimanapun dari perspektif Islam, disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233:
Bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 233)
Maka apa yang perlu anda lakukan?
Vita-Lea - lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
Vitamin B-Complex- menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14g non-GMO Protien Soya berkualiti yg mengandungi Asid Amino Perlu termasuk 9 asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya
Leli Mardihah
shaklee independent distributor
ID:858774
email lelimardihah@gmail.com
sms 012 4190477