Tuesday, November 27, 2012

SENTUHAN EMOSI BUAT SI MANJA.....


Kelahiran cahaya mata menggembirakan setiap ibu bapa. Bayi yg baru lahir memerlukan sentuhan emosi daripada ibu bapanya yg membuat dia berasa selamat.


SENJAK LAHIR
Pegang bayi anda sambil memandang wajahnya dan bercakap dgn nada suara yg lembut. Biarkan bayi anda mendengar suara dgn nyayian anda. Goyangkan bayi anda dlm satu irama yg lembut. Juga berjln dgn bayi dgn kereta sorong, carrier dan kain pendukung. Bedung bayi dgn selimut yg lembut utk membuat bayi merasa selamat dan mengelak bayi drpd melakukan pergerakan yg membuat dia merasa tidak selamat.

1 - 3 BULAN
Pegang bayi secara bertentangan dan lakukan hubungan mata dgnnya. Bercakap dgn suara yg lembut  juga ketika memakaikan baju, mandi, menyusu atau bermain dgnnya. Pada masa yg sama beri kepadanya rattle dan permainan lembut yg mempunyai pelbagai bunyi seperti bunyi angin, detik jam, muzik yg lembut dan bunyi dari kotak muzik. Tunjukkan bayi anda gambar yg terang dgn imej warna hitam dan putih. Pegang bayi anda ketika memberinya susu dan selesakan jika dia menangis. Jangan lupa selalu memnaggil nama bayi anda.

4 - 6 BULAN
Inilah masa utk anda ketawa dgnnya! Bercakap dgn bayi dan tiru seakan suara bayi anda ketika menyusu, memakai baju, menukar lampin atau masa mandi. Pastinya ia menyeronokkan! Peruntukkan sedikit masa utk bermain di lantai bersamanya setiap hari. Perkenalkan bayi anda kepada org di sekitar termasuk kakak atau abangnya. Galakkan dia ketawa dan bermain dgn membuat muka lucu, suara dan pergerakan yg menarik perhatian. Sekali-sekala bawa dia keluar bersiar - siar utk melihat persekitaran di luar sana.

7 - 9 BULAN
Beri bayi barang mainan lembut yg mengeluarkan bunyi apabila ai digoncang atau dipukul. Dukungnya sambil bermain dihadapan cermin, panggil namanya dan lihat tindak balasnya. Bercakap dgn bayi anda dan tunggu dia melakukan tindak balas. Jangan lupa bermain permainan ba ba cak! Sambil itu, membuat pelbagai bunyi dan nada daripada mulut. Juga tunjukkan dan namakan objek yg biasa dilihatnya termasuk kad imbasan dan buku ilustrasi manarik setiap hari. Bina objek yg tinggi dan tunjukkan cara memukul objek itu sehingga membuatkan objek itu runtuh.

10 - 12 BULAN
Pegang dan peluklah bayi selalu utk menunjukkan anda sayanginya. Baca buku cerita kepadanya setiap hari. Lihat gambar pada buku dan berceritalah mengenai gambar dalam buku itu. Meninggalkannya seketika di tempat yg selamat ketika dia bermain utk mengajarnya yg anda akan datang kembali. Kenalkan bayi anda kepada org dan benda baru di sekelilingnya.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

No comments:

Post a Comment

I LOVE BLOG VITAMIN LELI