Alhamdulillah apabila ada kawan-kawan mengandung yang beli Set Berpantang untuk mereka, saya ucap syukur bagi pihak mereka. Kerana apa? Kerana di dalam Set Berpantang ni ada Vitamin B yang mengandungi Vitamin B5 dan B6 yang membantu mengawal stress dan elak meroyan. Vitamin B Complex ni menolong mengurangkan kemurungan dan kegelisahan. Mencegah daripada peringkat awal kan lebih baik kan.
Selain daripada tu, menurut Health and Goodness Vitamin B Complex terdiri daripada Vitamin B yang penting iaitu - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9, Vitamin B12 ditambah dengan Biotin, Choline dan Inositol. Vitamin B Complex diperlukan untuk berfungsi membolehkan hampir setiap proses dalam badan berfungsi dengan betul.
Terdapat 5 sebab utama kita perlukan Vitamin B Complex iaitu:
1. PENGHASILAN TENAGA Vitamin B1, atau thiamine membantu menukarkan karbohidrat kepada glukos, sementara vitamin B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine) dan biotin membantu menukarkan glukos tadi kepada tenaga. Hasilnya? Kadar metabolisma anda tinggi dan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Kuranglah lesu dan penat, terutamanya bila dah petang kan?
2. MEMASTIKAN KESIHATAN SISTEM SARAF .Sebenarnya, vitamin B5 diperlukan untuk kelenjar adrenal (adrenal gland) dan penghasilan hormone yang diperlukan untuk system saraf. Mesti ada yang tanya….apa bendanya kelenjar adrenal tu kan? Ha…..kelenjar adrenal ni terletak kat atas buah pinggang kita. Saiz dia, macam bauh walnut jer, tapi kecil kecil cili padi katakan, walaupun kecil, tp pengaruhnya besar! Kelenjar adrenal ni berfungsi untuk menghasilkan 50 jenis hormone yang diperlukan oleh badan, dan mempunyai pengaruh yang penting untuk mengawal paras gula dan sistem imunisasi badan. Percaya atau tidak, ia juga mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, i.e. boleh ke kita ni control mood kita....taklah asyik2 nak marah kan? Vitamin B1, B6 dan B12 pula penting untuk kawalan menyeluruh system saraf, termasuk otak. Vitamin B9 pula penting untuk mengelakkan neural tube defect (pregnant mommies… ingat ni) Sebab tu kalau kurang vitamin B ni, seseorang tu akan mudah moody, cepat rasa nak marah dan stress.
3. SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK Vitamin B complex sebenarnya diperlukan untuk system penghadaman yang baik kerana ia diperlukan untuk menghasilkan asik hidroklorik dlm perut kita, untuk membantu proses pencernaan lemak, protein dan karbohidrat..
4. KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG SIHAT Vitamin B-Complex juga diperlukan untuk penghasilan RNA dan DNA serta penghasilan sel-sel baru, terutamanya untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat. Percaya atau tidak, kekurangan vitamin B boleh menyebabkan rambut gugur, masalah jerawat, kulit berkedut, kulit kering dan bersisik.
5. SYNERGY Pastikan vitamin B yang anda ambil mengandungi KESEMUA komponen penting yang saya ceritakan tadi, sebab, kalau salah satunya takde, maka pincanglah fungsinya.
Apa istimewanya Vitamin B Complex Shaklee ni?
Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua komponen penting yang saya sebutkan tadi, termasuk asid folik dan biotin. Selain tu Vitamin B shaklee juga mengandungi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting, termasuk asid folic.
Siapa yang perlukan Vitamin B Complex ni? Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:
- Terdedah kepada sinaran matahari
- Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
- Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
- Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
- Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
- Mereka yang nak nampak cantik dan muda
- Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
- Wanita yang mengambil pil perancang
No comments:
Post a Comment