Sunday, February 23, 2014

PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR ---------------------------------




Lelaki gemuk dan ada masalah obesiti mempunyai buah zakar dikelilingi 

lemak yang mengekalkan susu buah zakar pada tahap tinggi. Ini secara tidak 

langsung menekan kilang sperma dan menyumbangkan masalah kepada faktor 

kesuburan.

Pakaian dalam ketat dan menampung buah zakar pula boleh membuatkan 

suhu buah zakar menjadi tinggi iaitu melebihi suhu sepatutnya (tidak melebihi 

33-34° Celsius).



Amalan meletakkan komputer riba di atas riba juga tidak sesuai untuk lelaki, 

manakala sauna tidak digalakkan kerana mampu mempengaruhi kesihatan 

fungsi buah zakar.


Lelaki yang mengalami masalah kesuburan perlu menjalani pemeriksaan 

fizikal oleh doktor berpengalaman. Doktor akan memberi tumpuan kepada

 anggota kelaminnya, terutama buah zakar untuk meneliti jika isi padu buah 

zakar normal (isi padu normal antara 12-25ml dan 10 ml yang terendah) 

dengan menggunakan alat pengukur buah zakar dikenali sebagai ‘Prader

 Okidometer’.



Doktor juga akan meneliti jika lelaki itu ada ketulan atau benjolan pada buah

 zakar atau pundi epididimis dan salur sperma yang mana jika ada, ini mungkin

 petanda kesan ke- radangan atau infeksi lama.

Doktor juga akan meneliti pembuluh darah vena sama ada ia mengembang


atau berpintal. Keadaan ini dikenali sebagai varikosel dan ia boleh

 membuatkan suhu kilang sperma meningkat dan mengganggu proses

 pembiakan sperma dan kesihatan sperma, selain merosakkan kilang sperma 

akibat kemendapan bahan toksik, hasil daripada metabolisma sel kilang 

sperma.



Jika ujian air mani menunjukkan profil sperma teruk seperti bilangan sperma

 sedikit, bentuk sperma bermasalah dan gangguan pergerakan sperma atau 

didapati lelaki itu ada varikosel, cara menangani masalah berkenaan ialah 

membedah varokosel, di mana ia dapat membantu lebih 50 peratus masalah

 sperma.

Kadangkala varikosel kurang jelas (sukar dikesan dengan pemeriksaan) dapat


dikesan menggunakan alat imbasan. Pemeriksaan lanjutan, termasuk

 menjalani ujian darah untuk menyukat tahap hormon kesuburan, juga boleh

 dilakukan. Jika hormon didapati rendah, ubat penyubur boleh diberi untuk 

jangka masa tertentu (sekurang- kurangnya 90 hari) dan ujian air mani serta

 ujian darah susulan dilakukan untuk mengesan sama ada rawatan itu berjaya.



Daripada penjelasan di atas, lelaki boleh melihat bahawa pemeriksaan

kesuburan bukan sekadar membuat ujian air mani dan memberi vitamin. 

Sebenarnya ia lebih daripada itu.

Masalahnya, tidak ramai doktor berpengalaman mampu melakukan

 pemeriksaan terperinci dan memberi rawatan lebih komprehensif untuk

 membantu lelaki.

Jika si suami mengalami masalah ini, pasti pasangan berkahwin sukar 

mendapat cahaya mata. Namun, jika sperma lelaki atau suami dapat

 dipertingkatkan sedikit, kemungkinan kaedah IUI (penyemaian sperma dalam 

rahim ketika isteri subur) dapat dilakukan, yang mana kosnya tidak setinggi 

kaedah canggih IVF/ICSI (bayi tabung uji).



Bagaimanapun, tiada jaminan lelaki yang ada masalah kesuburan akan pulih

 dengan cara yang saya jelaskan. Sekurang-kurangnya, lelaki itu menjalani 

pemeriksaan lebih teliti daripada apa yang sudah dijalani.


Mana tahu, dengan izin Tuhan, lelaki atau suami yang didapati tiada sperma 

atau mempunyai sperma merosot dapat juga menghasilkan zuriat, insya-Allah.



Ok, siapa kata lelaki tak perlukan supplement dalam usaha mendapatkan

 cahaya mata?? Kepada wanita2 diluar sana yang ingin mendapatkan cahaya 

mata, mari share post ini kat hubby masing2 ye..




Dan jgn lupa terus PM kami untuk dapatkan set Kesuburan Suami Isteri!! 



CREDIT: Harian Metro


Perunding Vitamin Anda : ♡♡ Leli Mardihah (leli Shaklee)
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No :1109661 ]
Contact No : 012-4190477
Email : lelimardihah@gmail.com
Like my Fanpage: https://www.facebook.com/LeliShaklee

No comments:

Post a Comment

I LOVE BLOG VITAMIN LELI