Tuesday, December 25, 2012

Keistimewaan ALFAFA | KHASIAT ALFAFA SHAKLEE


Selamat malam semua.. mlm ni saya nk kongsi pasal Alfafa.
Disebabkan kita ade problem stok utk vitamin C 500g atau sekarang dikenali sbg Vitamin C Plus Sustained Release so ramai yg beranggap  akan ade problem utk set Penyusuan.. So di sini saya nk kongsi PERANAN UATAMA Alfafa dlm proses penyususan. so nk kenal macamana rupa / image alfafa..lets share it..


 
Ini laa rupa / image alfafa..tumbuhan yang di kenal sbg "Raja Segala Makanan"

APA ITU ALFAFA SERTA KAITAN DENGAN KLOROFIL

Sejak zaman dahulu lagi, manusia maupun binatang tahu mengenai khasiat tumbuhan hijau. Namun mereka masih belum faham atau tahu bahawa daun hijau yang mereka makan itu mengandungi klorofil yang bermaksud 'daun hijau' di dalam bahasa Greek. 

ALFAMINT mengandungi klorofil dari daun Alfalfa yang segar. Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya "Bapa kepada makanan"

Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino. 

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

 

KHASIAT ALFAFA UNTUK KESIHATAN

Jom kita share pula tentang khasiat alfafa yg membantu kesihatan kite dalam seharian..INSYA-ALLAH..
  1. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  2. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  3. Memberi kelegaan semasa haid
  4. Merawat arthitis
  5. Bagus untuk elergi dan ekzema
  6. Merawat athma
  7. Mencuci usus bagi membuang toksik
  8. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  9. Meneutralkan asid dalam badan
  10. Merawat masalah keputihan pada wanita
  11. Membesar dan menegangkan payudara
  12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  13. Memulihkan urat selepas bersalin
  14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  15. Meningkatkan stamina seorang suami
  16. Melegakan sembelit
  17. Membuang angin dalam badan
  18. Pembersih badan dalaman yang hebat
  19.  Melarang pembiakan kuman
  20.  Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut
  21. Meringankan bisa dalam hati
  22. Meringankan masalah sengal dan sakit sendi
  23.  Meringankan masalah kencing manis
  24.  Baik untuk Ulser
  25.  Baik untuk jantung
  26. Sihat bagi bayi yang baru dilahirkan (bayi yang terkena jaundice adalah tidak digalakan)
  27. Pengedaran haid
  28. Meningkatkan kandungan susu bagi ibu yang melahirkan anak
  29. Menurunkan kadar asid dalam badan
  30. Mengekalkan pengedaran darah yang sihat
  31. Mengurangkan bengkak dalam pundi-pundi kencing
  32. Sejenis minuman kesihatan yang berkhasiat
  33. Membuka selera makan
  34.  Membantu untuk tidur
  35.  Mengurangkan sembelit
  36. Mengurangkan rasa letih dan lesu
  37. Meringankan masalah urat timbul (Varicose viens)

**Special precautions & warnings:

If you suffer from any illness or are taking estrogen, immune-suppressing drugs, diabetes agents and water pills, thalassmia  it is best to consult your doctor before taking alfalfa supplements. 

Alfalfa ini boleh anda dapati di dalam set :
  • Breastfeeding (untuk tambah susu badan)
  • Berpantang (untuk tambah susu badan)
  • kesihatan tulang
  • kesihatan wanita
  • Allergi (Resdung, alahan, asma dan ekzema)
  • set kuruskan badan
  • set kesuburan

KENAPA ALFAFA SHAKLEE???

Selalu saya di tanya tentang perbezaan Alfafa Shaklee dengan alfafa lain di luar sana. Untuk perkongsian bersama, Alfafa Shaklee ini diperbuat daripada tanaman organik di California dan menggunakan bahan baja bebas kima. Daun alfafa dari Shaklee hanya dituai bila telah mencapai tahap kematangan mutlak. Sebab bila daun alfafa dah matang, lagi banyak klorofil. Lepas tu daun2 alfafa ni akan dikeringkan secara semulajadi utk mengekalkan nutrisi yang ada..
Daun2 yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum diproses dalam bentuk tablet. Semua proses ni dalam kawalam ketat & di bawah pengawasan Shaklee. Setiap tablet mengandungi 300 mg alfafa.

  
Untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda, sila hubungi:


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Thursday, December 20, 2012

Minum Air Kosong : Wajib 3L jika anda ambil Suplemen


Wajib minum air masak banyak kalau kita ambil supplement..kenapa?

Salam..

Air adalah indicator penting bagi kita yang makan supplement (tak kira jenama apa pun)..kenapa ye? Sekurang-kurangnye 3L sehari..banyak tu..Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil supplement untuk tambah susu..wajib minum air banyak..


Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Program Pembersihan dan Pelangsingan



(Herb-Lax from Shaklee)


-mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed n culver's root.
-kesemua sifat herba semulajadi datas menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti sesuai dgunakan untuk tubuh kita untuk jangka masa panjang..

Kebaikan Herb-Lax:
-pembersihan najis yg tersekat
-membantu masalah sembelit
-mengempiskan perut

Ia juga sesuai dambil seperti biasa atau dcampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

PERHATIAN!!
-mereka yg mempunyai sistem penghadaman yg lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan..manakala dbawah kondisi normal pula akan menampakkan kesan dalam tempoh 8-12jam selepas pengambilan.
-pada mereka yg mengalami masalah sembelit yg seriyus boleh meningkatkan dos pengambilan tablet lebih dari
pada dos org yg normal..

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Thursday, December 13, 2012

Jawapan kepada EMPAT masalah utama dalam penyusuan susu ibu.. ~ 1-Breast, 2-Susu, 3-Baby, 4 - Ibu


Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.


Masalah Susu

“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.


Masalah berhubung baby

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.
“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.
“Bayi saya di dalam hospital. Boleh sayamasih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.


Masalah berhubung Ibu

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(haa..apa lagi.. jgn tangguh2..sila lah cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too..hehe..iklan lah plak ni..)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.


Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Panduan menyimpan EBM & bagaimana dgn EBM yang dah digunakan/dipanaskan |


Teringat sewaktu kenangan sewaktu awal2 masuk keje after deliver anak ke-2 dan ke-3.. Saya mmg bertekad utk memberi Bf yg betul eksklusif kpd anak2 saya same mcm anak 1st saya dulu ( masa anak yg first after deliver saya xkeje lg) . Tiap2 hari saya akan bawa botol susu utk menyimpan susu yg diperah. Saya beruntung sbb dpt baby sitter yg memahami dan meyokong hasrat saya.. 

Dibawah ni saya kongsi secebis info sebagai nota untuk ibu2 menyusu…~ Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni
Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.
Panduan untuk menyimpan EBM..
Tempat simpanan
Suhu tempat penyimpanan susu
(Fahrenheit)
Suhu tempat penyimpanan susu
(degrees Celcius)
Berapa lama EBM boleh bertahan
Suhu bilik
60 degrees F
15 degrees C
24 jam
Suhu bilik
66-72 degrees F
19-22 degrees C
10 jam
Suhu bilik
79 degrees F
25 degrees C
4-6 jam
Dalam peti sejuk
32-39 degrees F
0-4 degrees C
8 hari
Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)
2 minggu
Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)
3-4 bulan
In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
0 degrees F
-19 degrees C
6 bulan ke atas
Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan?selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer
Type of Milk
Simpan ataubuang?
Why
Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
Susu yang dah dipanaskan
Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
Transfer to storage in the freezer, or buang saja
Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yg sihat


Harini nak kongsi topik info mengenai kehamilan dan penyusuan. Memandangkan majoriti customer saya adalah dari golongan ibu menyusu dan ibu hamil maka sewajarnya saya kongsikan artikel itu disini....
____________________________________________
Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat
ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.Hot.. Popular.. Marvellous..
Ostematrix
 - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Wednesday, December 12, 2012

Anda merokok? Orang2 sekeliling anda merokok?


Merokok memang tak baik utk kesihatan .. Jom kita tengok fakta ni:

Just one stick of cigarette contains over 4,000 chemicals including 70 carcinogenic substances, some of which are highly toxic:
CHEMICAL
USED IN
CadmiumBatteries
AcetonePaint remover
ButhaneLighter fluid
AmmoniaToilet cleaner
Polonium210Radioactive substance
MethaneSewer gas
MethanolRocket fuel
Arsenic cyanidePoison
Nicotine DDTInsecticide
HexamineBarbecue Lighter
Stearic AcidCandle Wax
Acetic AcidVinegar
Arsenic cyanidePoison
Carbon MonoxideCar exhaust fumes

Yooo cuba  anda bayangkanlah..brapa byk bende2 di atas dah masuk dlm bdn anda... Ini ada satu lagi alasan yg menarik..jom baca

How much money can you save if you quit? For a typical smoker who puffs

20 sticks (based on a RM10 pack) a day:
RM70 seminggu?Hmm..byk gak tu.. lepas lah jugak baju or seluar utk Faiz.. kan kan..
________________


Jadi kepada anda diluar sana, sekiranya anda perokok atau org yg anda sayang seorang perokok, anda bolehlah forward ke dia sebab2 di atas utk dia berhenti merokok.. Nak suruh org berhenti merokok ni bukan senang yer.. Ia umpama hidayah dari Allah... dan bagi saya kesihatan ni tak semua orang boleh faham kepentingannya.. "“Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit"
Dan kpd anda diluar sana sekiranya anda ingin memberikan hadiah kepada mereka...bolehla berikan Vitamin C Shaklee sebotol..mmg besttt . Vitamin C bukan sekadar buat kulit licin dan cantik.. Tahukah anda Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk...


Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg
Saya beruntung sbb My Hubby saya xmerokok, my father pun xmerok dan abg saya senditi pun xmerokok. :)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Kelebihan masker Vitamin C shaklee yg baru

Secara amnya, vitamin C ni perlu utk mengekalkan kulit yg cantik malah ia merangsang pengeluaran kolagen... Vitamin C juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini dan byk lagi kelebihan vitamin C.... Dan harini saya  nak update blog tentang masker menggunakan Vitamin C..  Ini dia resipi cara buat masker menggunakan Vitamin C.. sila baca...(klik gbr utk image yg lebih jelas)
[gambar hakmilik Pn Najihah yg kini bertambah jelita sejak apply masker vitamin C...]


 
Mengecutkan jerawat
Melembapkan kulit
Pori2 mengecil, muka lebih tegang, kulit lebih lembut
Syaratnya kena guna vitamic c shaklee.  Kenapa? sebab Vitamin C shaklee berbeza dengan jenama lain:
  1. Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. 
  2. Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
  3. Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan
  Apa2 pun... testimoni di atas adalah pengalaman cikpuan Najihah..bole trial n error....takde kene mengena antara hidup dan mati. Ia tak bertujuam utk merawat mencegah atau mendiagnos apa jua penyakit...

wajah baru botol Vta C shaklee (belah kanan)..harga tetap sama
Saya sendiri teruja bila baca pengalaman Najihah.. bab cantik2 semua nak buat gakk.. tp kene rajin dan disiplinlah yer.... kalo rajin seminggu dua je. tak acii.. ni masker kolagen.... masker ESP ..masker vivix.. semua nak buat masker.. tp tak istiqamah.. tak menjadi gak.. hahah.. okey2... jom start azam baru..Selamat bermasker ye semua.... sekian tips cantik harini.. have a nice day everyone


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Tuesday, December 11, 2012

Atasi Masalah Jeragat

Salam ceria semua... hmm.. harini cerita tentang jeragat....Apa itu jeragat? Jeragat tu kalau nak kenal..dlm ayat yg mudah.. ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab2 tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Mcm keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..


  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C Plus Shaklee. ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)


  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E Shaklee   sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)

  • Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protien ESP Shaklee  .. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalao ada extra budget.. sila amik   Kalegent Powder Shaklee .. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
I LOVE BLOG VITAMIN LELI