Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

Vitamin Kehamilan Shaklee

SET KEHAMILAN SHAKLEE
NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL


Ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan anda ketika hamil.
Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) :
- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix (pil kalsium)
- Omega
Dan boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.
Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:
~lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
~tahan berbulan-bulan
~boleh dimakan bersama ahli keluarga
~harga yang sangat berbaloi
~vitamin semulajadi (bukan sintetik)
~tidak memberi sebarang kesan sampingan
~bonus kesihatan dan kecantikan extra
~juga sesuai dijadikan set berpantang
~terbukti selamat dan berkesan
~ Protein(Energy Soy Protein) ~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
~ Multivitamin(Vita-lea) ~
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
~ B Complex ~
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 
~ Omega -3(Omega Guiard) ~
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
~ Kalsium(Ostematrik) ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrik
Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
Vitalea
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard
Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap.

Wednesday, March 12, 2014

Set Hamil/ Mengandung


1) Untuk ibu hamil trimester 1 (0-14 minggu)


1.Vita-Lea Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi



2.B-Complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.



3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 



4. Ostematrix / Kalsium -  Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

2) Untuk ibu hamil trimester 2 (14-28 minggu) dan trimester 3 (28-42 minggu)
bu ibu perlu mengambil ke empat empat vitamin di atas sama seperti trimester pertama..cuma perlu tambahan satu lagi vitamin iaitu: 

1.Omega Guard
Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

2.  ESP @ Energizing Soy ProteinSangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

Monday, February 24, 2014

Tips cepat hamil untuk dapatkan zuriat


Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).



Jangan pandang sebelah mata isu kegagalan mendapatkan cahaya mata ini. Anak adalah harta paling berharga dan pengikat kasih suami isteri. Kegagalan mendapatkan cahaya mata mungkin membawa makan hati pasangan malah lebih serius jika membawa kepada penceraian.

Tidak subur biasanya ditujukan kepada wanita. Betulkah? Jawapannya adalah Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita.Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Kesimpulannya ketidaksuburan bukan sahaja digalas dibahu wanita sahaja, tetapi juga melibatkan lelaki walaupun tidak dinafikan lelaki susah untuk mengakuinya.

Untuk mengetahui set vitamin kesuburan wanita sila klik di sini
Untuk mengetahui set vitamin kesuburan lelaki sila klik di sini


Selain itu pasangan suami isteri digalakkan mengamal gaya hidup sihat dan tips yang boleh membantu proses kehamilan. Jom baca tips cepat hamil di bawah ini.


Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:

Rancanglah Waktu Hubungan Anda
Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.
Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:
- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

Ambillah Vitamin
Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-

Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium). 


Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan
Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..


Kawal Berat Badan Anda

Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Mini Budjet Slimming Set yang saya sediakan..

Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, b complex dan vitalea. Dan saya akan guide anda..Insya-Allah…

Amalan berdoa kepada Allah
Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan. Mari kita ikuti apakah amalan doa seorang hamba Allah ini yang dikurniakan zuriat selepas 9 tahun berkahwin. Sila klik di sini


Perunding Vitamin Anda : ♡♡ Leli Mardihah (leli Shaklee)
 ♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No :1109661 ]
Contact No : 012-4190477
Email : lelimardihah@gmail.com
Like my Fanpage: https://www.facebook.com/LeliShaklee

Saturday, February 15, 2014

Siapakah Bayi Pra Matang...?


BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. 
Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri sepertimengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.


Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?

    Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

    Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.


Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat
.
Masalah yang dihadapi bayi pra matang:

1) Jaundis (penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

2) Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

3) Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

4) Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

5) Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.


Secara ringkasnya, bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Untuk itu saya amat menggalakkan pengambilan SHAKLEE
sila baca apa yang ada dalam set ini :

    Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi...Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak 
   B Complex
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri

    Vitamin C
  • Meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu.So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh, dan kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

    Alfalfa
  • Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan.

    Energizing Soy Protein (ESP)
  • protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.

Kenapa ibu yang bayinya pramatang perlu ambil set ni?
  • sebab vitamin-vitamin dalam set ini dapat menambah kualiti susu ibu dan secara tidak langsung bayi yang menyusu mendapat nutrisi yang diperlukan..



Perunding Vitamin Anda : ♡♡ Leli Mardihah (leli Shaklee)
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No :1109661 ]
Contact No : 012-4190477
Email : lelimardihah@gmail.com

Like my Fanpage: https://www.facebook.com/LeliShaklee

Lagi cerita kebaikan vit B Complex...


Alhamdulillah apabila ada kawan-kawan mengandung yang beli Set Berpantang untuk mereka, saya ucap syukur bagi pihak mereka. Kerana apa? Kerana di dalam Set Berpantang ni ada Vitamin B yang mengandungi Vitamin B5 dan B6 yang membantu mengawal stress dan elak meroyan. Vitamin B Complex ni menolong mengurangkan kemurungan dan kegelisahan. Mencegah daripada peringkat awal kan lebih baik kan.

Selain daripada tu, menurut Health and Goodness Vitamin B Complex terdiri daripada Vitamin B yang penting iaitu - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9, Vitamin B12 ditambah dengan Biotin, Choline dan Inositol. Vitamin B Complex diperlukan untuk berfungsi membolehkan hampir setiap proses dalam badan berfungsi dengan betul.



Terdapat 5 sebab utama kita perlukan Vitamin B Complex iaitu:

1. PENGHASILAN TENAGA Vitamin B1, atau thiamine membantu menukarkan karbohidrat kepada glukos, sementara vitamin B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine) dan biotin membantu menukarkan glukos tadi kepada tenaga. Hasilnya? Kadar metabolisma anda tinggi dan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Kuranglah lesu dan penat, terutamanya bila dah petang kan?

2. MEMASTIKAN KESIHATAN SISTEM SARAF .Sebenarnya, vitamin B5 diperlukan untuk kelenjar adrenal (adrenal gland) dan penghasilan hormone yang diperlukan untuk system saraf. Mesti ada yang tanya….apa bendanya kelenjar adrenal tu kan? Ha…..kelenjar adrenal ni terletak kat atas buah pinggang kita. Saiz dia, macam bauh walnut jer, tapi kecil kecil cili padi katakan, walaupun kecil, tp pengaruhnya besar! Kelenjar adrenal ni berfungsi untuk menghasilkan 50 jenis hormone yang diperlukan oleh badan, dan mempunyai pengaruh yang penting untuk mengawal paras gula dan sistem imunisasi badan. Percaya atau tidak, ia juga mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, i.e. boleh ke kita ni control mood kita....taklah asyik2 nak marah kan? Vitamin B1, B6 dan B12 pula penting untuk kawalan menyeluruh system saraf, termasuk otak. Vitamin B9 pula penting untuk mengelakkan neural tube defect (pregnant mommies… ingat ni) Sebab tu kalau kurang vitamin B ni, seseorang tu akan mudah moody, cepat rasa nak marah dan stress.

3. SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK Vitamin B complex sebenarnya diperlukan untuk system penghadaman yang baik kerana ia diperlukan untuk menghasilkan asik hidroklorik dlm perut kita, untuk membantu proses pencernaan lemak, protein dan karbohidrat..

4. KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG SIHAT Vitamin B-Complex juga diperlukan untuk penghasilan RNA dan DNA serta penghasilan sel-sel baru, terutamanya untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat. Percaya atau tidak, kekurangan vitamin B boleh menyebabkan rambut gugur, masalah jerawat, kulit berkedut, kulit kering dan bersisik.

5. SYNERGY Pastikan vitamin B yang anda ambil mengandungi KESEMUA komponen penting yang saya ceritakan tadi, sebab, kalau salah satunya takde, maka pincanglah fungsinya.

Apa istimewanya Vitamin B Complex Shaklee ni?

Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua komponen penting yang saya sebutkan tadi, termasuk asid folik dan biotin. Selain tu Vitamin B shaklee juga mengandungi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting, termasuk asid folic.

Siapa yang perlukan Vitamin B Complex ni? Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:

  •     Terdedah kepada sinaran matahari 
  •     Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak 
  •     Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  •      Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan. 
  •     Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan 
  •     Mereka yang nak nampak cantik dan muda 
  •     Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya 
  •     Wanita yang mengambil pil perancang



Set Lengkap Kesuburan Shaklee..

Carian di Google tentang Set Kesuburan Shaklee  dilihat dalam fasa ‘uptrend’ bermula awal tahun ini. Semakin ramai pasangan diMalaysia sedar yang Set Kesuburan Shaklee mampu menyelesaikan masalah kesuburan mereka  berikutan jumlah wanita yang hamil semakin meningkat setelah menggunakan set ini.
Jika kita berbicara tentang masalah kesuburan 30-40 tahun dahulu, topik ini sangat jarang dan pelik untuk dibincangkan. Tetapi kini hal ini menjadi biasa dan 1 dari 7 pasangan mengalami masalah kesuburan.
Mengapa ya??                
Pasangan yang mengalami masalah kesuburan ialah pasangan yang telah berkahwin lebih 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat sedangkan mereka tidak menggunakan sebarang alat pencegah hamil.

Didalam blog Dr Zubaidi, beliau menyatakan  wanita yang mempunyai masalah kesuburan terbahagi kepada dua :-

1 ) berumur dibawah 35 tahun tidak hamil setelah 12 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan ketika bersama
2 ) berumur diatas 35 tahun tidak hamil setelah 6 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan ketika bersama     

          
Sekiranya hal ini terjadi pasangan tersebut wajib segera merujuk kepada doktor untuk mengetahui perihal sebenar dan rawatan susulan.Gangguan pada sistem reproduktif wanita dan penurunan kualiti dan kuantiti sperma dikatakan menjadi punca masalah kesuburan.                
Sebelum kite pergi lebih jauh tentang Set Kesuburan Shaklee, jom kite cek beberapa masalah kesuburan yang terjadi kini.


Berikut adalah contoh-contoh masalah kesuburan yang dialami oleh kaum hawa
1. Fibroid
2. Cyst 
3. Tiup Fallopian Tersumbat
4. Endemetriosis
5. PCOS (Polycystic Ovary syndrome)
6. Adenomyosis
7. Kanser Ovari
8. Telur tidak matang
9. Period tidak teratur
10. Obesiti
11. Lanjut usia


Memang agak mengerikan dan menyedihkan seandainya masalah-masalah diatas melanda kita,nauzubillah min zalik (Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut)             
Sekarang barulah saya faham kenape mak saya selalu tekankan betapa penting menjaga rahim bagi seorang wanita. 

Jangan angkat bende berat2, jangan jalan kaki jauh2, selalula bertungku, makan manjakani, dan macam-macam lai...Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah-masalah diatas,seseorang isteri perlu peka dengan kitaran haid dan perubahan dalam badan yang boleh dirasakan.


Buat pemeriksaan lanjut dihospital bagi mendapatkan gambaran dan maklumat yang tepat dari doktor-doktor bertauliah.             
Bincang dengan doktor berkenaan rawatan terbaik yang perlu diambil, jangan berlengah kerana lebih banyak masa terbuang sebelum anda melakukan rawatan maka lebih sukar rawatan atau kaedah pemulihan yang perlu anda ambil.  
         
Menurut Dr Hamid Arshat salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan adalah dengan mengamalkan pengambilan suplemen, bagi memenuhi keperluan sel-sel didalam sistem kesuburan lelaki dan wanita.
Saya petik kata-kata beliau dari FB personalnyaBerikut adalah nasihat-nasihat beliau :

  1.  Jangan putus asa terus berdoa kepada Allah dan berusaha dapatkan rawatan
  2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.
  3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan.
  4. Minum teh hijau (dari uncang bukan botol dan tin)dan fresh juice .
  5.  Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol dan kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah2
  6. Makan lebih sayur2 hijau, ulam2, sup sayur, salad, pecal atau rojak.
  7. Makan lebih buah2 . Mulakan setiap sajian makanan dengan buah2, diikuti sayur2
  8. Kurangkan nasi , masak lauk2 - daging , ayam dan ikan yg segar.
  9. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
  10. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yang diperoses yang mengandungi pengawet, perisa  dan pewarna tiruan
  11. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila ketika isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian  ovulation
  12. Lakukan exercise dengan berjalan kaki, jogging, treadmill atau berenang 30 minit setiap hari
  13. Supplemen2 - multivtamins, folic acid, vitamin E dan C, logam2 zinc, selenium ,fish oil dan habbatus sauda.
  14. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation ,  D&C,Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.
  15. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.


Bagi wanita, terdapat beberapa jenis suplemen yang boleh membantu meningkatkan kesuburan.
Set Shaklee Shaklee terdiri daripada suplemen-suplemen seperti GLA, CoQHealth Plus, Zinc, Vitamin E Complex, Vitamin C, Vita-Lea, dan B-Complex. 

Suplemen yang perlu diambilharus mengambil kira jenis masalah kesuburan yang dialami.    
       

GLA Complex
▶ GLA atau Gamma Linolenic Acid adalah sejenis asid lemak yang diperoleh dari sumber tumbuhan dan biasa dijumpai dipasaran dalam bentuk kapsul Evening Primrose Oil (EPO). GLA mempunyai pelbagai untuk semua wanita dan lelaki. Namun fokus entry ini hanya untuk melihat peranan GLA bagi meningkatkan kesuburan wanita.
▶ Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur
▶ Membantu menghasilkan mukus serviks yang berkualiti bahkan meningkatkan kuantitinya juga.Tugas mucus serviks ialah membantu pergerakan sperma berenang keovum dan memanjangkan jangka hayat sperma didalam ovum selama 5 hari maka peluang untuk persenyawaan lebih tinggi
▶ Membantu mengatasi masalah senggugut
▶ Menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan uterus-memoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku
▶ GLA boleh ditukarkan kepada prostaglandine yang berperanan untuk mengurangkan keradangan (imflammation) yang mungkin menghalang persenyawaan berlaku.         

CoQHealth Plus
▶Koenzim Q1O atau CoQ10 adalah sejenis nutrien larut lemak dan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembebasan tenaga didalam sel.CoQ10 terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung, kerana jantung adalah organ badan yang kuat bekerja mengepam darah tanpa henti maka CoQ10 perlu berada ditahap yang tinggi dijantung kita. 
Peranan yang dimainkan oleh CoQ10 pada sistem kesuburan wanita:

♥ Membekalkan tenaga ditahap optima bagi menghasilkan telur yang sihat, matang dan berkualiti.
♥ Berlawanan dengan masa jumlah CoQ10 akan berkurang dengan peningkatan usia, maka pengambilan CoQ10 sangat penting bagi wanita yang berusia untuk menghasilkan telur.3    . 

B-Complex
♥ Membantu proses sisntesis bahan-bahan genetik sel-sel badan
♥ Meningkatkan fungsi otak
♥ Mengurangkan risiko keguguran
♥ Mengurangkan risiko kecacatan semasa kelahiran pada otak dan tulang belakang
♥ Membantu melawan tekanan harian terutama bagi mereka yang bekerja lelaki atau wanita4      

Vitamin C
♥ Meningkatkan sistem imun badan
♥ Meningkatkan paras hormone progesteron-menyediakan badan untuk kehamilan
♥ Anti-oksida semulajadi5      Vita-Lea, merupakan multi-vitamin yang lengkap dengan 19 vitamin utama dan mineral tambahan
♥  Memastikan sel hidup
♥ Penting untuk pertumbuhan sel baru
♥ Membantu proses pembesaran
♥ Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanitaSaranan pengambilan suplemen bergantung kepada keperluan individu.


Silakan berhubung dengan saya untuk mendapatkan kombinasi terbaik untuk masalah anda.Bagi menambah keyakinan anda terhadap pengambilan suplemen boleh membantu meningkatkan kesuburan....

Sunday, June 30, 2013

KONTRAKSI

MENGENAL KONTRAKSI

Kontraksi sebenarnya tidak hanya terjadi pada saat mendekati persalinan. Pada saat hamil


, dinding rahim yang membesar seiring pertumbuhan janin lebih peka terhadap rangsang. 

Terkadang gerakan yang tiba-tiba dilakukan oleh perempuan hamil dapat menyebabkan

kontraksi dinding rahim.


Begitu pula bila janin dalam rahim menendang atau bergerak-gerak, kadang ibu merasakan

 kontraksi pada rahimnya. Hal ini bukan berarti ibu akan bersalin, karena ada beberapa jenis

 kontraski selama kehamilan. Lantas bagaimana membedakan jenis kontraksi yang terjadi

 selama kehamilan?




1 Kontraksi Dini

Kontraksi ini biasanya terjadi saat awal kehamilan atau pada trimester pertama kehamilan


. Kontraksi ini terjadi karena tubuh masih sedang dalam proses penyesuaian dengan 

berbagai perubahan akibat adanya kehamilan. Namun karena pengaruh hormon

 progesteron yang dihasilkan plasenta, kondisi rahim relatif menjadi lebih tenang, sehingga

 tidak terjadi ancaman keguguran (abortus). Namun waspadai bila terdapat kontraksi yang 

konstan disertai dengan keluarnya bercak darah. Segera periksa dan konsultasikan keadaan


 tersebut pada bidan atau dokter kandungan terdekat.


2 Kontraksi ketika berhubungan intim

Orang terdekat di sekitar anda kadang memberi guyonan untuk ber’puasa’ saat anda atau


 pasangan anda hamil. Terutama bila hamil muda (dibawah 3 bulan) atau pada saat hamil

 tua (8 bulan keatas). Takut keguguran atau lahir prematur alasannya. Hal tersebut tidak

 sepenuhnya salah tapi juga tidak sepenuhnya benar. Hal ini didasarkan pada komposisi

 sperma yang mengandung hormon prostaglandin. Hormon ini sering menyebabkan

 kontraksi pada rahim. Sehingga dikhawatirkan mencetuskan kejadian abortus (keguguran) 

atau persalinan prematur. Lantas bagaimana menyikapinya? Apakah benar harus berpuasa?

 Tidak juga, hal ini bisa disiasati dengan senggama terputus (coitus interuptus) atau

 memakai kondom. Atau bisa juga mengonsultasikan dengan bidan atau dokter kandungan

 tentang keadaan kehamilan apakah tidak beresiko bila melakukan hubungan intim. Seperti

 adanya riwayat keguguran, riwayat persalinan prematur, riwayat perdarahan vagina yang

 tidak diketahui penyebabnya, mulut rahim yang lemah, dan sebagainya.



3 Kontraksi Palsu

Kontraksi jenis ini biasa disebut dengan istilah Braxton-Hicks, biasanya terjadi saat kehamilan memasuki usia 32-


34 minggu. Durasi waktu kontraksi tidak bisa ditentukan namun biasanya terjadi setiap 30 menit sekali dengan

 lama kontraksi sekitar 20 detik hingga 2 menit. Rasanya seperi nyeri saat kram haid. Namun bisa saja ditemukan


 pada usia kehamilan 37-40 minggu.


4 Kontraksi Sebenarnya

Kontraksi inilah yang menyebabkan terjadinya pembukaan jalan rahim (serviks). Ciri-ciri dari kontraksi ini adalah


 frekuensinya yang teratur dengan lama kontraksi yang semakin panjanng. Biasanya terjadi 3 kali dalam 10 menit

 dengan durasi 20 sampai 40 detik. Bila pembukaan semakin besar maka durasinya pun semakin lama, hingga

 lebih dari 40 detik. Frekuensinya pun meningkat hingga lebih dari 5 kali dalam 10 menit. Hal ini disertai pula

 dengan keluarnya lendir bercampur darah, pecahnya ketuban, serta dorongan ingin meneran. Segera lakukan

 pemeriksaan ke bidan atau dokter kandungan untuk memastikan lengkap tidaknya pembukaan dan kapan


 dimulainya proses persalinan.


Penyebab Kontraksi




Di dalam tubuh Bunda ada hormon yang namanya oksitosin. Hormon ini bertugas merangsang refleks


 pengeluaran ASI atau Air Susu Ibu.


Tapi, selain merangsang produksi dan pengeluaran ASI, pengeluaran hormon ini juga menyebabkan rahim 


berkontraksi. Otot rahim Ibu jadi meregang dan mengerut yang membuat kepala bayi terdorong ke leher rahim,


 dan bayi Ibu pun siap lahir ke dunia.

Apa rasanya kontraksi?

Bunda merasakan kram dan nyeri sebelum merasakan kontraksi. Kram ini memang mirip dengan kram saat



 menstruasi.

Kontraksi yang sebenarnya memiliki pola yang teratur. Makin lama makin sering dan makin lama. Ini Berbeda


 dengan Braxton Hicks atau kontraksi palsu yang kadang terasa dan kadang hilang tak tentu waktunya. Kontraksi


 palsu bisa terjadi karena Bunda kelelahan.

Kalau Ibu benar-benar merasakan kontraksi, jangan panik, atasi kontraksi dengan mengatur nafas.


Mengatasi kontraksi

Saat kontraksi datang, Ibu akan merasakan manfaat teknik pernafasan dari kelas prenatal.

Tapi saat Ibu sampai di rumah sakit dan kontraksi makin kuat, dokter biasanya akan memberikan tambahan


 oksigen.Pada proses kelahiran tahap 2, kontraksi dapat diatasi dengan mengejan dan mendorong bayi Ibu keluar.



Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Saturday, March 23, 2013

Anemia

Jangan Ambil Ringan Hb Rendah Semasa Hamil!!!!
------------------------------------------------------------


1) Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?
************************

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?
****************************

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN






 



Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.


Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------

1) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
2) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
3) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET EU-FOUR PACK kami..khas untuk preggy moms and bf moms....(^_-)Lihat seterusnya..

Credit to : wonderful lifemy

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
I LOVE BLOG VITAMIN LELI