Monday, February 24, 2014

Tips cepat hamil untuk dapatkan zuriat


Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).



Jangan pandang sebelah mata isu kegagalan mendapatkan cahaya mata ini. Anak adalah harta paling berharga dan pengikat kasih suami isteri. Kegagalan mendapatkan cahaya mata mungkin membawa makan hati pasangan malah lebih serius jika membawa kepada penceraian.

Tidak subur biasanya ditujukan kepada wanita. Betulkah? Jawapannya adalah Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita.Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Kesimpulannya ketidaksuburan bukan sahaja digalas dibahu wanita sahaja, tetapi juga melibatkan lelaki walaupun tidak dinafikan lelaki susah untuk mengakuinya.

Untuk mengetahui set vitamin kesuburan wanita sila klik di sini
Untuk mengetahui set vitamin kesuburan lelaki sila klik di sini


Selain itu pasangan suami isteri digalakkan mengamal gaya hidup sihat dan tips yang boleh membantu proses kehamilan. Jom baca tips cepat hamil di bawah ini.


Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:

Rancanglah Waktu Hubungan Anda
Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.
Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:
- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

Ambillah Vitamin
Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-

Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium). 


Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan
Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..


Kawal Berat Badan Anda

Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Mini Budjet Slimming Set yang saya sediakan..

Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, b complex dan vitalea. Dan saya akan guide anda..Insya-Allah…

Amalan berdoa kepada Allah
Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan. Mari kita ikuti apakah amalan doa seorang hamba Allah ini yang dikurniakan zuriat selepas 9 tahun berkahwin. Sila klik di sini


Perunding Vitamin Anda : ♡♡ Leli Mardihah (leli Shaklee)
 ♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No :1109661 ]
Contact No : 012-4190477
Email : lelimardihah@gmail.com
Like my Fanpage: https://www.facebook.com/LeliShaklee

No comments:

Post a Comment

I LOVE BLOG VITAMIN LELI