Monday, November 5, 2012

Kelebihan Susu Ibu


KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

  
Kebaikan utama penyusuan susu ibu adalah:
  1. Pengalaman bonding antara ibu dan bayi
  2. Faedah kesihatan kepada ibu dan bayi
  3. Penjimatan kos
Dengan perkembangan sains pada masa kini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kebaikan dan kelebihan penyusuan susu ibu berbanding susu lembu. Kajian-kajian yang dijalankan ini bertujuan menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi. Ini kerana semakin ramai kaum ibu yang bekerjaya pada hari ini mengabaikan tanggungjawab tersebut.
Kebaikan penyusuan susu ibu berdasarkan kajian:
    1. Meningkatkan sistem ketahanan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai CD14. Protein ini berupaya membina B cells iaitu sel-sel ketahanan yang penting untuk menghasilkan antibodi bayi. (Julius M., Proceeding of the National Academy Science, Vol. 98, Issue 2, 603-608).
 2. Mengurangkan risiko diabetes ibu
Ibu yang menyusukan anak akan mengalami perubahan tahap metabolisme yang akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menjadikan badan sensitif kepada hormon insulin, iaitu bertindak mengawal kadar gula dalam darah. Ini bermaksud, semakin lama ibu menyusukan anaknya, semakin kurang risiko kepada ibu untuk menghidap diabetes. Berdasarkan kajian, ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun mempunyai 15% kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. (Stuebe A., Journal of the American Medical Association)
 3. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan jantung
Kajian telah dijalankan ke atas 624 responden yang berusia di antara 48 hingga 53 tahun di mana 83% responden yang pernah menyusu susu ibu dalam tempoh 10 hari kelahiran dan selebihnya menyusu susu lembu. Hasil tersebut mendapati responden yang menyusu susu lembu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding responden yang pernah menyusu susu ibu. Ini menunjukkan bahawa responden – responden yang menyusu susu lembu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berkaitan jantung. (Archives of Disease in Children)
 4. Kurang Alahan
Alahan terhadap makanan terjadi apabila protein asing memasuki saluran darah melalui dinding usus. Alahan tersebut dapat dikurangkan dengan hadirnya Immunoglobulin (IgA) dalam tubuh seseorang/individu. IgA ini akan bergabung dengan protein asing dan bertindak menghalang protien asing menembusi dinding usus . IgA hanya dihasilkan sendiri oleh bayi pada usia 6 – 9 bulan. Walaubagaimanapun, sebelum usia 6 – 9 bulan, bayi memperoleh bekalan IgA daripada susu ibu yang kaya dengan IgA. (Merrett T.G., Infant Feeding & Allergy)
 5. Lebih bijak
 Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu dalam ujian IQ, pemahaman, matematik dan rating guru. Fakta ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 kanak-kanak di mana data keupayaan berfikir dan pencapaian akademik mereka diperhati dan direkod sejak bayi sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. (Breastfeeding and Later Cognitive and Academic Outcomes, Pediatrics Vol. 101)
 6. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan paru-paru
 Kajian yang dijalankan ke atas 5,182 responden kanak-kanak menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang menyusu ibu untuk menghidapi asma/lelah adalah lebih rendah daripada kanak-kanak yang tidak menyusu ibu. Kajian yang lain pula mendapati susu ibu memberi perlindungan terhadap penyakit paru-paru kronik. (Romieu I. and etc, Journal of Asthma 2000, 37:575-583)
  7. Megurangkan risiko jangkitan penyakit
 Kebarangkalian bagi bayi yang pernah menyusu susu ibu untuk mandapat jangkitan telinga, paru-paru, selsema, herpes simplex dan jangkitan usus adalah amat rendah berbanding bayi yang tidak pernah menyusu susu ibu berdasarkan kajian-kajian ini:
  •  A prospective cohort study on breastfeeding and otitis media in swedish infants (Pediatric Infection Diseases Journal, 13:183-88)
  • Role of breastfeeding in the prevention and treatment of diarrhoea (Journal of Diarrhoeal Dis Res, 8(3):68-81
  • Human milk secretory IgA antibody to non-typeable Haemophilus influenza: possible protective effects against nasopharyngeal colonization (Pediatric Jaournal, 124:193-98)
  • Breast milk and neonatal necrotizing enteral colitis (Lancet, 336:1519-23)
  • Neutralizing activity against herpes simplex in human milk (Breast Feeding REV, 11(2):56-58)
  • Protective effect of breastfeeding against infection (BMJ, 300:11-16)
  • The effects of infant feeding on rotavirus-induced gastroenteritis: a prospective study (Am J Pub Health, 76:259-263)

Berdasarkan kajian-kajian di atas jelas terbukti kelebihan penyusuan susu ibu berbanding menyusukan anak dengan susu lembu.
 American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya selama 12 bulan usia bayi walaubagaimanapun dari perspektif Islam, disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233:
 Bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 233) 
Maka apa yang perlu anda lakukan?

Vita-Lea - lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas




Vitamin B-Complex- menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh



Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14g non-GMO Protien Soya berkualiti yg mengandungi Asid Amino Perlu termasuk 9 asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya  

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

~ Hak Seorang Ibu ~


As salam semua, rase nya dh lama sgt saya biarkan blog saya ni bersawang dan terus bersawang kan.. Disebabkan kesibukan dgn rutin sbg seorg ibu, dan bisnes choc saya, so mmg xcukup tgn nak layan 2 benda dlm satu masa...

Saya nk share sikit pasal Hak kita sbg seorg ibu Sebelum saya nk share pengalam menyusukan semua anak2 saya. Saya bertuah sbb ketiga2 anak saya memdapatpenyusuan EKSklusif shg 6bln pertama dan seterusnya.

Tahukah anda bahawa....

  • Sejurus selepas melahirkan bayi, ibu mempunyai hak untuk terus meminta bayinya ke sisi untuk SENTUHAN KULIT KE KULIT dalam masa SATU JAM KELAHIRAN (skin to skin contact).

  • Ibu mempunyai HAK untuk menyusukan bayinya SECARA EKSKLUSIF tanpa dipengaruhi oleh pihak lain kecuali sebab perubatan.

  • Seorang BAYI BERHAK untuk mendapatkan makanannya yang terbaik iaitu SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan.

Credit : varietyhealthyfood.com

KETAHUI HAK ANDA
SEBAGAI SEORANG IBU YANG BIJAK!!!


Hak 1 : Penyusuan Eksklusif : Hanya Susu Anda Sahaja Untuk Si Manja
Sebagai ibu yang bijak, pastinya anda membuat keputusan untuk memberi SUSU IBU kepada bayi sepenuhnya tanpa air masak atau susu formula sehingga dia berumur 6 bulan.  Ini dinamakan PENYUSUAN EKSKLUSIF.  Di hospital, suarakan keputusan dan hak anda kepada jururawat dan doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda.

Hak 2 : Sentuhan Kulit Ke Kulit
Pastikan bari diletakkan ke dada anda sejurus selepas bersalin sama ada bersalin normal atau pembedahan caesarean.  Sentuhan kulit anda ke kulit bayi sekurang-kurangnya selama 30 minit ini membantu memulakan penyusuan dan mewujudkan ikatan istimewa bersama anda dan si manja.

Hak 3 : 24 Jam Sehari Waktu Bersama
Anda boleh meminta si manja untuk sebilik bersama anda 24 jam sehari.  Penyusua SUSU IBU akan lebih mudah kerana anda sentiasa di sisi si manja.  Sekiranya bayi perlu dirawat, minta supaya rawatan dilakukan di bilik bersama anda atau dipisahkan tidak lebih 2 jam.

Hak 4 : Dibantu Memulakan Penyusuan
Jangan segan atau takut untuk meminta pertolongan daripada jururawat dalam mengajar cara menyusu yang tepat, teknik memerah susu dengan tangan serta penggunaan breast pump sama ada sewaktu sebelum atau selepas kelahiran kerana ia adalah hak anda.

Hak 5 : Lindungi Bayi Anda
Bayi tidak memerlukan sebarang air/susu formula/puting tiruan/botol susu selepas kelahiran.  Pastikan bahan-bahan ini tidak diberi kepada bayi anda tanpa kebenaran anda dan pasangan anda.

Hak 6 : Dibekalkan Maklumat Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Kumpulan sokongan ini bersedia membantu anda sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan penyusuan.


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya Dengan SUSU IBU Sahaja
Dari Lahir Sehingga Berumur 6 Bulan
Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun. 
Makanan Pelengkap Perlu Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Kelebihan Alfafa

Antara Khasiat Daun ALFALFA :

  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE 


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Saturday, October 27, 2012

Kebaikan dan kepentingan kolagen dalam kesihatan dan kecantikan


Hari ni saya fokus kepada kebaikan kolagen utk kesihatan dan kecantikan...sila tengok gambarajah dibwh ni..tu dia antara kebaikan kolagen.. menegang, menyubur, mencerah,mengembalikan keanjalan, meningkatkan pergerakan, melembap, anti penuaan....  woww.. banyak bukan..... Kalau rasa berminat dengan Collagen Powder  Shaklee.. sila lah contact saya... I love it..










Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Kelebihan masker Vitamin C shaklee yg baru

Wanita dan vitamin C tak dpat dipisahkan..btul tak....kenapa? sbb vitamin C mmg sinonim dgn kecantikan...malah ada yg sanggup berbelanja lebih nak dptkan suntikan vitamin C lah dan mcm2 lagi lah..tapi skrg ni jgn risau.. takyah suntik2 dah.. sila mkn tablet vitamin C shaklee sahaja.. terbaekkkkk..kalau tidak, takkanlah stok vitamin C shaklee selalu habissssssss..licinnnnnn.. haha...

 Secara amnya, vitamin C ni perlu utk mengekalkan kulit yg cantik malah ia merangsang pengeluaran kolagen... Vitamin C juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini dan byk lagi kelebihan vitamin C.... Dan harini saya terpanggil nak update blog tentang masker menggunakan Vitamin C.. (Sblum ni dah share masker dgn Vitamin E lah.. masker dgn serbuk kolagen lah... dgn Vivix lah.. masker dgn ESP lah.. kan kan.. habis semua produk shaklee jadi masker..sib baik takde lagi yg try laundry powder jadi masker... ada yg lepas tu kene saman.. hahah). Okey2.. ni dia resipi cara buat masker menggunakan Vitamin C.. sila baca...(klik gbr utk image yg lebih jelas) [gambar hakmilik Pn Najihah yg kini bertambah jelita sejak apply masker vitamin C.. phewwittt.] Mengecutkan jerawat Melembapkan kulit Pori2 mengecil, muka lebih tegang, kulit lebih lembut Syaratnya kena guna vitamic c shaklee. Kenapa? sebab Vitamin C shaklee berbeza dengan jenama lain: 

  • Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. 
  •  Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. 
  • Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan Apa2 pun... testimoni di atas adalah pengalaman cikpuan Najihah..bole trial n error....takde kene mengena antara hidup dan mati. Ia tak bertujuam utk merawat mencegah atau mendiagnos apa jua penyakit... wajah baru botol Vta C shaklee (belah kanan)..harga tetap sama Saya sendiri teruja bila baca pengalaman Najihah.. bab cantik2 semua nak buat gakk.. tp kene rajin dan disiplinlah yer.... kalo rajin seminggu dua je. tak acii.. ni masker kolagen.... masker ESP ..masker vivix.. semua nak buat masker.. tp tak istiqamah.. tak menjadi gak.. hahah.. okey2... jom start azam baru..Selamat bermasker ye semua.... sekian tips cantik harini.. have a nice day everyone

Tips cantik wanita di usia 30-an

Salam sejahtera semua...sebut tentang tips cantik.. awet muda... ..or ape2 je la tips2 yg berkaitan.. kedut, anjal..laju jer orang nak klik klik.. kan kan.... Memandangkan saya dah pun masuk ke alam 30an.... (lebih tepat lagi, May 2012 genap 32thn)....jadi harini saya share tips2 cantik utk ladies 30an... haha...Saya ingat lagi satu rancangan TV ni bertahun2 yg dulu.. sorang artis ni.. tak ingat sape... erra fazira or maya karin.. seriously tak ingat (ni pun gejala awal 30an.. pelupa.. haha).. pengacara tu interview artis tu.. dia tanya..apa rahsia awak nampak cantik.... artis tu jwb.. "i think i'm beautiful..... stiap kali saya tengok cermin.. saya percaya saya cantik.. dan saya rasa anda semua kene percaya that way... there is no secret.. rahsianya dlm minda anda... dan beautiful ni subjectif'..... waahhh.. betullah dia ckp.. bila saya dengar.. terus gi tgk cermin dan saya percaya saya cantik.... hahahha.. betul kan.. cantik ni subjektif. jika kita rasa kita tak cantik.. maka ia akan terpantul diwajah kita..jadi berhati2 dgn apa yg kita fikirkan yer kawan2... ..

bak kata christina aguilera dlm lagunya.. 

"You're beautiful.........No matter what they say...Words can't bring you down... Oh no..You're beautiful....In every single way....Yes words can't bring you down..." 

 Okey.. straight to the point..ni saya simpulkan tips2 cantik saya di usia 30an (siapa lagi nak ckp saya cantik kalau tak diri sendiri kan...) 

  •  Rajin2kan diri rawat muka..jgn skip2 atau mengelat.. tak perlu berderet2.. memadai basic gunakan pembersih, penyegar , pelembap (siang dan mlm.. kalau yg siang pastikan lengkap dgn UV protection.. bahaya tauuu terdedah pada pancaran matahari lama2..jadi kalau sayang kulit.. kene ada protection kay..set pencuci muka faveret saya sekarang ni adalah Nutriwhite.. ia setanding SKII) 
  •  Jadikan rutin mingguan amalkan masker semulajadi... ada byk resipi sy dah share sebelum ni.. resipi masker ESP+yogurt.. masker serbuk kolagen.. ..masker timun.. masker kapsul vitamin E ...masker susu.. eh macam2 laaa. nak dgn taknak jer.. semua bahan2 depan mata 
  • Amalkan gaya hidup yg seimbang - dari segi pemakanan (kurangkan makanan berproses or yg segera, amalkan minum air plain sehari 8 gelas), senaman (rutin..tp bab senaman ni ,saya slalu ngelat..tak cukup push factor.. tunggu kene ada org teman.. ) 
  •  Kawal stress dgn berhemah.. ingat WAHM (work at home mom) mcm saya ni takde stress ke.. lagi stresss tauu sbb skrg bisnes online saya sedang membesarrr. jadi lagi tinggi cabarannya...tapi stress cemana pun kenalah bijak handle kay.. tipsnya.. kene banyakkan senyuman walaupun dlm hati rasa mcm nak tikam org. Kalau saya.. pagi2 mmg mulakan hari dgn senyuman, istigfar, selawat, doa.. think positive all the time.... 
  •  Dan semestinya pastikan badan mendapat nutrisi tambahan yg berkualiti.. bukan main telan sebarang2 suplemen or vitamin kay... - asasnya yang wajib utk wanita adalah protin, vitamin C, multivitamin, B-Complex & Vitamin E ..saya gelarnya Hot 5 (menyesal saya tak rajin mkn vitamin dari20an....ni dah 30an baru nak terhegeh2...haha...well.. better late than never.. right....Now, vitamin pilihan saya suplemen jenama Shaklee..anda bagaimana?)

Cukup tips2 cantik 30an tu.. banyak2 karang tak terbuat....saya share ni pun utk ingatkan diri sendiri supaya disiplin dan istiqamah.. hahaha..Okey ..sblum masuk tidur.. ni nak share gambar kami.. tiga supergorgeous mommies.. yg dah masuk ke alam 30an.. tapi kekal jelita dan perasan gorgeous.. hahaha.. ni gambar natural.. masing2 takde tepek2 bedak ke ..make up ker...bukan malas.. tapi natural beauty gitu... rahsianya : amalkan mkn vitamin Shaklee.. hahaha (vitamin C, ESP, kolagen, GLA, vitalea).. mcm banyakk kan.. actually nak kesan cepat,kolagen kena ada.. tapi if nak minimum.. memadai ESP+ Vitamin C)

Sunday, October 9, 2011

Wajah bersih dari jeragat. Pastikan add on GLA complex


Alhamdulillah... mulakan pagi yg indah dgn lafaz syukur padaNya..biarpun sebenarnya minggu ni amatlah takde mood nak berblog.. Bukan takde idea.. Kalau nak diikutkan ada byk yang nak dishare dari geng2 Euphoria, testimoni2 dari customer2, bla bla...tapi saya dah kehabisan booster..booster saya masih belum pulang dari lautan.. huwaa.... Well I think I need a long vacation... Hmm...tapi bila tak update blog,rasa bersalah la plak... Hmm.. memandangkan saya yang taktahu nak tulis apa. maka marilah kita baca kisah Pn Norita yg memberikan vitamin Shaklee kepada adiknya. yg pada asalnya utk sakit operation lepas hempedu. tetapi kulitnya bebas dari jeragat.. Mari kita baca..
________________________

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.
Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.
Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLAserta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil.Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur)kini ia lebih dari itu.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan Gla ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.
______________________________________________________________

Anda berminat? Kesan cepat atau lambat menghilangkan jeragat adalah bergantung kepada cara anda mengamalkannya. Untuk konsultasi lebih lanjut sekiranya anda adalah customer yang membeli GLA dan set penjagaan kulit dari saya, akan saya kongsikan jadual makan yang lebih lanjut bagaimana nak dapatkan kulit yang cantik dalam masa 14 hari.
Emailkan kepada saya di lelimardihah@gmail.com atau SMS di 0124190477

Vitamin utk perkembangan pintar minda dan IQ kanak2 di setiap peringkat umur - Memadai peruntukan duit average RM25-Rm30 per month


Sepanjang saya berkongsi tentang kesihatan dan kecantikan disini... vitamin utk anak2 adalah antara vitamin yg mendapat sambutan yg menggalakkan.. Ada tu yang bgtau saya..
"takpela.. beli utk anak dulu.. bagi anak2 sihat dulu.. bila ada duit lebih. baru beli utk saya plak."
Haa.. itu dia... anak jadi no.1 tau.. bertuah si anak tu..... sebab tu rata2 yg rajin mkn suplemen adalah ibu hamil (sbb nak jaga baby dlm perut) dan ibu menyusu ( sbb nak kasi zat tu disalurkan ke anak)... diri sendiri sakit2 takpe... hehe.. salah gak sebenarnya ni.. sbb kalau si ibu sakit2.. sape lak nak jaga baby..kan kan.. tapi jika anda beli MealShake utk si anak, bukan anak je yg boleh minum.. satu Famili bleh minum, ia bagus utk seisi keluarga... lengkap dgn vitamin2, protin, fiber.. Jadi semua org dpt khasiat..Utk petang ni.. saya nak berkongsi vitamin utk IQ .. kerana otak yg cerdas datang dari badan yg sihat.. betul tak? Jadi mari kita baca vitamin2 Shaklee yg bersesuaian utk tujuan ini... (credit to adda for the info below)

Shaklee Lecithin for Brain Alert
SHAKLEE lecithin

Lecitin mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak
  • berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin , manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
Shaklee B-Complex for Brain Alert
SHAKLEE B Complex

Shaklee B-Complex sangat penting dalam
  • Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
  • Anti stress (sebagai penenang),
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,
  • Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan
  • Membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik)
Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya penumpuan akan menjadi lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam...
Shaklee OmegaGuard for Brain Alert
SHAKLEE OmegaGuard

SHAKLEE OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.

Shaklee Meal Shake for Brain Alert
SHAKLEE Meal Shake

Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang....Bagi ibu-ibu yang mempunyai lebih budget, adalah sangat digalakkan untuk membekalkan anak-anak dengan minuman "Meal Shake" dari Shaklee. Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Sharklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita.
Sharklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Sharklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat.
_______________________
Bagi anak2 yg masih besekolah rendah( 7-12thn) atau berusia 2-6thn , memadai berikan mereka MealShake dan Omega. Bagi yang di peringkat sekolah menengah dan ke atas, boleh berikan mereka MealShake dan Omega dan tambahan B Complex, dan Lecitin.
____________________________________________
Saya juga dah mula berikan kepada anak saya , Faiz.. seawal usianya 2thn.. memadai dgn MealShake dan Omega... dan sekarang ni alhamdulillah.. mmg sy berpuas hati dgn perkembangan mental dan fizikalnya.. Alhamdulillah.. ini lah yg dinamakan ....prevention is better than cure.. bukannya dah sakit teruk baru nak cari suplemen...
Mari kita mulakan dari sekarang. Jika kita mampu membeli pakaian, brg mainan, buku dan mcm2 utk anak kita..tak salah jika peruntukkan sebahagian duit utk perkembangan minda dan fizikal anak2... Lagipun jenama ni dah lama di pasaran. and affordable.. Cthnya MealShake tu if anak kita je yg mkn , setin tu tahan la 3-4bulan.. jadi average sebulan cuma rmRm25 utk budget suplemen si anak.. Phew.. murah tu rm25... .. Sekarang ni baju anak2 pun mahal2...
Jadi bagaimana?.. renung2kan ya...
___________________________
Sekiranya terdapat kekangan untuk mendapatkan fullpack, jangan risau,saya menyediakan Trial Pack bersesuaian dgn budget anda..Boleh hubungi saya di 012-4190477 or emel di lelimardihah@gmail.com

Thursday, October 6, 2011

Ostematrix: Jawapan utk anda yg sering keletihan. sering lenguh2, kejang. sakit belakang.. sakit kepala..sakit gigi


Tahukah anda antara byk2 vitamin Shaklee yang cepat terasa kesannya.. adalah Ostematrix . Sebab tu kalau siapa2 tanya saya, apa vitamin utk org selalu letih.. lenguh2, sakit belakang... hmm saya jawab.. Memadai anda cuba Ostematrix.....
saya mula mkn Vitamin Shaklee tahun 2005..time tu takde lagi Ostometrix...kemudian hujung 2008 saya pindah KL.. faham2 je lah kerja kat KL ni.. dgn stress,tak cukup tidur.. pagi2 buta kene bangun... malam baru sampai umah.. hmm.. Kak N suggestkan saya add on Ostometarix produk rumusan terbaru Shaklee.... Hmm.. saya mkn 4 bj sebelum tidur... esok bangun tidur mmg besttttttt... hehe

Kelebihan Ostometrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang

KESIMPULANNYA
Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!
Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu Tiada Silika GEL!!



Berikut komen2 dari customer2 kami...termasuk saya..hehhe:

Hazelina Alim yap ostematrix mmg bes .....sejak 3 minggu da tau prgnt x mkn ostmtrix br beli stok arini baru rasa segar bgn pagi....
Tuesday at 3:23pm ·

Ummi Hanifah Abd Halim OsteMatrix mmg best. Bgn pagi segar.
Tuesday at 12:46pm via mobile ·
Cery MamaFaiz OSTEMATRIX terbaiksss..mkn sebelum tidur 4bj.. esok bgn leh jd supermak.. ahhaha
Tuesday at 11:59am ·

_____________________________
AMACAM?SUKA tak? Jom dapatkannya hari ini!.. tak sampai RM60 pun Ostematrix ni.. murahh kan kan kan..

Soalan terakhir: Ostematrix sahaja cukup kah? Hmm.. jika anda mampu.. ambillah Set asas utk family wellness (optimum).. Jika tak berkemampuan nak beli original pack, dapatkan Euphoria Trial Pack dengan harga yang sangat berpatutan.
...sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada lelimardihah@gmail.com or sms ke 012-4190477

Wednesday, October 5, 2011

Wajah bersih dari jeragat. Pastikan add on GLA complex


Alhamdulillah... mulakan pagi yg indah dgn lafaz syukur padaNya..biarpun sebenarnya minggu ni amatlah takde mood nak berblog.. Bukan takde idea.. Kalau nak diikutkan ada byk yang nak dishare dari geng2 Euphoria, testimoni2 dari customer2, bla bla...tapi saya dah kehabisan booster..booster saya masih belum pulang dari lautan.. huwaa.... Well I think I need a long vacation... Hmm...tapi bila tak update blog,rasa bersalah la plak... Hmm.. memandangkan saya yang taktahu nak tulis apa. maka marilah kita baca kisah Pn Norita yg memberikan vitamin Shaklee kepada adiknya. yg pada asalnya utk sakit operation lepas hempedu. tetapi kulitnya bebas dari jeragat.. Mari kita baca..
________________________

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkankulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.
Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.
Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil.Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur)kini ia lebih dari itu.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkanGLA Shaklee ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.
______________________________________________________________

Anda berminat? Kesan cepat atau lambat menghilangkan jeragat adalah bergantung kepada cara anda mengamalkannya. Untuk konsultasi lebih lanjut sekiranya anda adalah customer yang membeliGLA dan set penjagaan kulit dari saya, akan saya kongsikan jadual makan yang lebih lanjut bagaimana nak dapatkankulit wajah yang cantik dalam masa 14 hari.
Emailkan kepada saya di lelimardihah@gmail.com atau SMS di 0124190477

I LOVE BLOG VITAMIN LELI