Tuesday, May 21, 2013

SEMBELIT Lepas Bersalin?


Assalamualaikum kawan2 semua….…
Dah lama saya update blog say ni.. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kpd kawan2 saya yg baru melahirkan anak mrk yg comel2 belaka. Tiada yg lebih gembira bg ibu bapa  dengan kelahiran cahaya mata yg mnjadi penyeri rumahtangga, terutama yg baru pertama kali melahirkan anak.
Namun begitu, ramai juga ibu-ibu yang mengadu menghadapi masalah sukar untuk membuang air besar atau mengalami masalah sembelit semasa dalam tempoh berpantang dan ada juga yang berlarutan sehingga selepas pantang.
Saya akui, saya juga pernah mengalami detik2 itu. Memang sangat menyeksakan dan sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika sedang berpantang. Saya duduk dalam tandas berjam-jam  sampai kebas kaki saya dibuatnya.  Saya ingat mase tu kelahairan anak pertama saya seminggu b4 Raya Aidilfitri 2005. after 1 week bersalin baru la saya terasa nk membuang air besar. Masa tu malam raya plak tu. Dahla bersalin saya kena 9jahitan, Tuhan shj la yg tahu mcm nr seksanya. Klu diingat2 kan mmg dh xnak beranak lg tp Alhmadulillah rezeki skrg berana 3 org dh..hehehehe. Saya ingat mase tu husband saya turut temankan saya dlm toilet hampir berjam2 . Ape yg saya risau klu saya push najis tu keluar takut terkoyak jahitan bersalin tu...

Ibu-Ibu mesti nak tips kan, bagaimana cara mengatasi masaleh sembelit ni. Tapi sebelum tu mari kita kupas dan ketahui punca atau penyebab sembelit terutama selepas bersalin.

Dari pengalaman dan pembacaan saya, ini antara kenapa saya boleh sembelit slps brsalin.Punca Semblit selepas bersalin adalah kerana pergerakan najis di dalam usus menjadi perlahan. Faktor yang menybabakan usus kita menjadi perlahan adalah seprti berikut:
  • ·   Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada dalam abdomen menjadi lebih rendah dari biasa.
  • ·   Otot pada saluran usus mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil dulu.
Saya ingat lagi, perkara yg saya paling takut semasa membuang air besar adalah di kala perlu meneran. Saya risau luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar. Actually disebabkan mind set itulah saya semakin sukar untuk membuang .
Salain itu, saya kurang minum air kerana takut sering ke toilet mmbuang air kecil dan sangat leceh bila terpaksa membuka bengkung. Malah saya risau takut sakit bila air terkena luka. Tapi Zaman2 dulu kalau berpantang memang tak digalakkan minum air banyak kerana ditakuti perut buncit dan saluran faraj berair. Pengambilan jamu atau akar kayu yang brsifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, skaligus mnyebabkan sembelit.  Summore dalam pantang, saya kurang mkn buah-buah.yelah xtau buah mn yg boleh mkn. Sebab buah-buah ni akn ade yg dikatakan sejuk ada yg dikatakan tajam.. mcm-mcm.
Setiap hari saya hanya makan lauk orang berpantang + nasi putih sahaja, saya kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana takut sejuk. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi.
Sekarang ibu-ibu semua dah tahukan penyebab anda sembelit. Jadi mari saya kongsikan pula bagaimana nak mngatasi masalah ini.

Tips Mencegah/Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
  1. Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  2. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.
  3. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar. Yg ni la yg menyebabkan aku sembelit mase kelahiran pertama dulu...
  4. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar. Cuma awasi agar anda tidak keterlaluan ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Jgn sampi BENTAN plak ye heheheh...
  5. Pengambilan supplement juga dapat membantuIbu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang. Ia juga mngandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. dan juga Vitamin D – Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak mendapat cukup ‘hormon calcitriol’ iaitu sebagai vitamin D yang aktif. Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada dan ini boleh melemahkan tulang tulang kita. Selain tu Alfafa jg membantu utk melawas dgn mudah... 


Untuk membuat pesanan terhadap Ostematrix mahupun sebarang produk lain dari rangkaian Shaklee, jangan berlengah lagi untuk menghubungi saya melalui:
  • Fanpage   Mamaleli Chocolate
  • Facebook  Leli Mardihah


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

No comments:

Post a Comment

I LOVE BLOG VITAMIN LELI