Tuesday, December 25, 2012

Testomoni Set Penyusuan 3M


Salam semua.. hari ni suka saya nak berkongsi set penyusuan yang paling laris, paling berkesan dan paling mendapat sambutan terhangat di kalangan ibu-ibu menyusu.. Set yang saya maksudkan ialah 3M. Apa yang terkandung dalam 3M? Jom tengok...
  1. Set B (iaitu Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Alfalfa)
  2. Energizing Soy Protein (ESP)
  3. Ostematrix (kalsium)

Siapa yang perlu ambil set ini?

  • Ibu-ibu yang baru mula nak kumpul stok
  • Ibu-ibu yang susunya tak semeriah ibu-ibu yang lain
  • Ibu-ibu bekerjaya yang perlukan stok lebih untuk simpanan
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya melalui botol susu (anak enggan direct feed melalui payudara)
  • Sangat digalakkan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan

Kenapa Set 3M dikatakan sangat berkesan?


  • Komponen utama susu ibu ialah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat-sangat membantu, ditambah pula dengan pengambilan Ostematrix (kalsium), melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan lebih cepat
  • Set B mengandungi vitamin-vitamin penting untuk kesihatan tubuh badan ibu itu sendiri. Bila badan ibu itu sihat dan cergas, secara tak langsung badan ibu cukup fit untuk menghasilkan pengeluaran susu untuk anak. Badan yang letih akan menghadkan pengeluaran susu. 
  • Selain itu, dalam set B juga terkandung vitamin B complex yang sangat penting dalam mengawal dan mengelakkan stress. Bila ibu tenang dan ceria, secara asasnya susu juga akan dihasilkan dengan lebih lancar, mudah dan cepat. Jadi untuk ibu-ibu menyusu, elakkan stress ya..
  • Alfalfa yang terdapat dalam set B juga bertindak sebagai milk-booster. Pengambilannya memang sangat-sangat membantu ibu-ibu yang menyusu. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai milk-booster yang sangat berkesan.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Ostematrix cegah Osteoporosis




Hakikatnya, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Kalsium sehari (bersama dengan nisbah Magnesium yang bersesuaian) untuk keperluan badan. Keperluan kalsium meningkat buat ibu mengandung dan juga menyusu.


Benar, walau si ibu tidak mengambil sumber kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi di dalam kandungan, mahupun bayi yang di susui adalah masih sama. Badan kita sangat bijak untuk memastikan bekalan kalsium untuk bayi sentiasa di paras optimum!


Namun, apakah akan terjadi kepada si ibu? Belumpun 30-an sudah mula berasa cepat letih, lenguh-lenguh badan, sakit tapak kaki (seperti di cucuk) dan sakit pinggang. Lebih teruk apabila mula mengandung anak yang ke-2, ke-3 dan seterusnya. Walaupun kandungan masih fasa awal, sakit pinggang terasa seperti bayi hampir cukup bulan!


Jangan pandang remeh keperluan kalsium di dalam kehidupan seharian kita ya, terutama buat ibu-ibu di luar sana. Benar, kita sanggup berkorban demi anak, tapi, perlu ingat, badan kita juga nak 'pakai lama' untuk menjaga keluarga dan melihat anak-anak membesar.


Elakkan diri dari menjadi mangsa Osteoporosis, yang terbukti lebih banyak terjadi di kalangan kaum wanita berbanding lelaki, sekiranya pilihan ada di tangan anda!




Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Ostematrix penting untuk ibu menyusu




Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mengatakan bahawa mereka mengalami kemuruduman susu di kala datang period/haid. Ini kerana blood-calcium level akan berkurangan semasa period.

Calcium bukan sahaja ada di tulang & gigi ya, dalam darah pun ada juga. :)

Jadi kami amat menggalakkan ibu-ibu untuk ambil Cal-Mag suplemen (di Shaklee di panggil OsteMatrix) untuk overcome masalah susu merudum sebelum & tatkala period. 

Antara kepentingan Kalsium-Magnesium (Ostematrix) adalah:
  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah "water retention"
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)



paling penting, ia mudah ditelan. jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix. kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. :)


Jadi apa lagi. Dapatkan Ostematrix anda sekarang!!!






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Teknik Marmet - Penyusuan Ibu

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.





Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).


Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.


PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.



Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Manfaat Dalam 100 gm Soya





Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isofl avon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.

Manfaat lainnya adalah, soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yang menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.

LAGI INFO tentang ESP YANG BEST ni!!!
*****************************


Bagi anda yang belum tahu....jom baca ni...


♥ Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

♥ Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

♥ Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.

Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Keistimewaan ALFAFA | KHASIAT ALFAFA SHAKLEE


Selamat malam semua.. mlm ni saya nk kongsi pasal Alfafa.
Disebabkan kita ade problem stok utk vitamin C 500g atau sekarang dikenali sbg Vitamin C Plus Sustained Release so ramai yg beranggap  akan ade problem utk set Penyusuan.. So di sini saya nk kongsi PERANAN UATAMA Alfafa dlm proses penyususan. so nk kenal macamana rupa / image alfafa..lets share it..


 
Ini laa rupa / image alfafa..tumbuhan yang di kenal sbg "Raja Segala Makanan"

APA ITU ALFAFA SERTA KAITAN DENGAN KLOROFIL

Sejak zaman dahulu lagi, manusia maupun binatang tahu mengenai khasiat tumbuhan hijau. Namun mereka masih belum faham atau tahu bahawa daun hijau yang mereka makan itu mengandungi klorofil yang bermaksud 'daun hijau' di dalam bahasa Greek. 

ALFAMINT mengandungi klorofil dari daun Alfalfa yang segar. Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya "Bapa kepada makanan"

Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino. 

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

 

KHASIAT ALFAFA UNTUK KESIHATAN

Jom kita share pula tentang khasiat alfafa yg membantu kesihatan kite dalam seharian..INSYA-ALLAH..
  1. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  2. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  3. Memberi kelegaan semasa haid
  4. Merawat arthitis
  5. Bagus untuk elergi dan ekzema
  6. Merawat athma
  7. Mencuci usus bagi membuang toksik
  8. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  9. Meneutralkan asid dalam badan
  10. Merawat masalah keputihan pada wanita
  11. Membesar dan menegangkan payudara
  12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  13. Memulihkan urat selepas bersalin
  14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  15. Meningkatkan stamina seorang suami
  16. Melegakan sembelit
  17. Membuang angin dalam badan
  18. Pembersih badan dalaman yang hebat
  19.  Melarang pembiakan kuman
  20.  Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut
  21. Meringankan bisa dalam hati
  22. Meringankan masalah sengal dan sakit sendi
  23.  Meringankan masalah kencing manis
  24.  Baik untuk Ulser
  25.  Baik untuk jantung
  26. Sihat bagi bayi yang baru dilahirkan (bayi yang terkena jaundice adalah tidak digalakan)
  27. Pengedaran haid
  28. Meningkatkan kandungan susu bagi ibu yang melahirkan anak
  29. Menurunkan kadar asid dalam badan
  30. Mengekalkan pengedaran darah yang sihat
  31. Mengurangkan bengkak dalam pundi-pundi kencing
  32. Sejenis minuman kesihatan yang berkhasiat
  33. Membuka selera makan
  34.  Membantu untuk tidur
  35.  Mengurangkan sembelit
  36. Mengurangkan rasa letih dan lesu
  37. Meringankan masalah urat timbul (Varicose viens)

**Special precautions & warnings:

If you suffer from any illness or are taking estrogen, immune-suppressing drugs, diabetes agents and water pills, thalassmia  it is best to consult your doctor before taking alfalfa supplements. 

Alfalfa ini boleh anda dapati di dalam set :
  • Breastfeeding (untuk tambah susu badan)
  • Berpantang (untuk tambah susu badan)
  • kesihatan tulang
  • kesihatan wanita
  • Allergi (Resdung, alahan, asma dan ekzema)
  • set kuruskan badan
  • set kesuburan

KENAPA ALFAFA SHAKLEE???

Selalu saya di tanya tentang perbezaan Alfafa Shaklee dengan alfafa lain di luar sana. Untuk perkongsian bersama, Alfafa Shaklee ini diperbuat daripada tanaman organik di California dan menggunakan bahan baja bebas kima. Daun alfafa dari Shaklee hanya dituai bila telah mencapai tahap kematangan mutlak. Sebab bila daun alfafa dah matang, lagi banyak klorofil. Lepas tu daun2 alfafa ni akan dikeringkan secara semulajadi utk mengekalkan nutrisi yang ada..
Daun2 yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum diproses dalam bentuk tablet. Semua proses ni dalam kawalam ketat & di bawah pengawasan Shaklee. Setiap tablet mengandungi 300 mg alfafa.

  
Untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda, sila hubungi:


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477

Thursday, December 20, 2012

Minum Air Kosong : Wajib 3L jika anda ambil Suplemen


Wajib minum air masak banyak kalau kita ambil supplement..kenapa?

Salam..

Air adalah indicator penting bagi kita yang makan supplement (tak kira jenama apa pun)..kenapa ye? Sekurang-kurangnye 3L sehari..banyak tu..Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil supplement untuk tambah susu..wajib minum air banyak..


Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.


Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
I LOVE BLOG VITAMIN LELI