Hakikatnya, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Kalsium sehari (bersama dengan nisbah Magnesium yang bersesuaian) untuk keperluan badan. Keperluan kalsium meningkat buat ibu mengandung dan juga menyusu.
Benar, walau si ibu tidak mengambil sumber kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi di dalam kandungan, mahupun bayi yang di susui adalah masih sama. Badan kita sangat bijak untuk memastikan bekalan kalsium untuk bayi sentiasa di paras optimum!
Namun, apakah akan terjadi kepada si ibu? Belumpun 30-an sudah mula berasa cepat letih, lenguh-lenguh badan, sakit tapak kaki (seperti di cucuk) dan sakit pinggang. Lebih teruk apabila mula mengandung anak yang ke-2, ke-3 dan seterusnya. Walaupun kandungan masih fasa awal, sakit pinggang terasa seperti bayi hampir cukup bulan!
Jangan pandang remeh keperluan kalsium di dalam kehidupan seharian kita ya, terutama buat ibu-ibu di luar sana. Benar, kita sanggup berkorban demi anak, tapi, perlu ingat, badan kita juga nak 'pakai lama' untuk menjaga keluarga dan melihat anak-anak membesar.
Elakkan diri dari menjadi mangsa Osteoporosis, yang terbukti lebih banyak terjadi di kalangan kaum wanita berbanding lelaki, sekiranya pilihan ada di tangan anda!
Leli Mardihah shaklee independent distributor ID:858774 email lelimardihah@gmail.com sms 012 4190477
No comments:
Post a Comment